“Dunia Bukan Tempat Hambakan Diri Pada Hiburan” – Ustaz Dusuki Terkilan, Ramai Sanggup Beratur Awal Demi Konsert

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki telah meluahkan rasa kekecewaannya susulan laporan media yang menyatakan peminat Billie Eilish sudah mulai beratur seawal pagi demi melihat penyanyi kegemaran mereka melakukan persembahan secara langsung.

Menerusi satu hantaran di laman Facebook (FB) rasminya, Ustaz Ahmad Dusuki berharap agar tiada umat walaupun mempunyai secebis iman melakukan perkara sebegini.

Perkongsian penuh harapan ini dimuat naik beliau semalam, 18 Ogos sebelum berlangsungnya konsert bintang pop dunia itu yang bermula pada jam 8.30 malam.

Dalam pada itu, pendakwah itu turut berkata, bahawa dunia bukanlah tempat untuk manusia menghambakan diri kepada hiburan atau makhluk.

Dunia tempat ujian yang Allah jadikan untuk dapat ganjaran akhirat

“Di sini (dunia) bukan tempat menghambakan diri kepada hiburan atau makhluk!!! Di sini (dunia) tempat ujian yang Allah jadikan untuk mendapat ganjaran akhirat,” tulisnya.

Menurutnya, musibah seperti pandemik COVID-19 yang telah mematikan lebih 6 juta nyawa seharusnya menjadi pengajaran penting kepada semua umat Islam.

“Belum cukup lagikah tekanan ekonomi yg menyesakkan dada ini menjadi ingatan kepada perjalanan hidup ini? Atau apa yang ingin kalian mahukan wahai penganjur?” tulisnya.

Pendakwah bebas, Ustaz Ahmad Dusuki

Konsert Billie raih 25,000 penonton

Semalam (18 Ogos), sebanyak 25,000 peminat bintang pop itu hadir ke konsert Billie Eilish Happier Than Ever World Tour 2022 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Difahamkan, seawal jam 5.00 hingga 10.00 pagi lagi peminat tegar Eilish mula berkumpul di laluan tiket bagi mendapatkan ‘spot’ terbaik terutama bagi pemegang tiket tanpa tempat duduk atau zon berdiri.

Baca artikel berkaitan: [Video] Siap Bawa Maggie Cup! Remaja Sanggup Bangun Seawal 4 Pagi Demi Konsert Billie Eilish

Ramai setuju pandangan Ustaz Ahmad Dusuki

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan pandangan yang diberikan pendakwah berkenaan dan berharap agar golongan tertentu menerima teguran ini dengan hati yang terbuka agar diri terhindar dari terus melakukan dosa.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

15 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

16 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

16 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

17 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

20 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

20 hours ago