Kes Ugut & Ancam Ketua Hakim Negara, Lelaki Ditahan & Direman 4 Hari

Baru-baru ini tular di media sosial tangkap layar beberapa kenyataan berbaur ugutan dan ancaman yang dikeluarkan terhadap Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Bukan sahaja di Twitter, insiden serupa turut berlaku di Facebook di mana sebuah akaun dengan nama Apiez Bond mengeluarkan kenyataan bernada ancaman meminta Ketua Hakim Negara itu agar tidak menjatuhkan hukuman pada orang yang tidak bersalah atau bakal berdepan akibat ‘buruk’.

“Silap-silap pembunuh upahan cari kamu dan bunuh kamu. Yang salah patut dihukum yang tak salah harus dibebaskan dengan keadilan. Peguam Najib nak beri analisis dokumen supaya kau dapat bezakan mana yang salah dan mana yang tidak salah,” komennya dalam satu posting di laman FB UMNO Online.

Baca artikel berkaitan : Ketua Hakim Negara Diugut Oleh Akaun Dipercayai Penyokong Najib

Kenyataan tersebut kemudiannya mula tular dan sohor di semua platform media sosial lain di mana rata-rata pengguna mendesak agar pemilik-pemilik akaun tersebut disiasat kerana secara terang-terangan telah mengancam dan mengugut Tengku Maimun.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani kemudiannya mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) agar menyiasat isu berkenaan.

Terbaharu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima Iaporan polis mengenai salah satu ancaman dan ugutan tersebut iaitu yang dimuat naik akaun Facebook Apiez Bond.

Sehubungan itu, satu tangkapan telah dibuat ke atas seorang lelaki berusia 30 tahun di sebuah rumah di Puchong, Selangor pada Jumaat (19 Ogos 2022) lebih kurang jam 11.15 malam bagi membantu siasatan.

Telefon dan kad sim turut dirampas

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Ananadan dalam satu kenyataan memaklumkan polis turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad sim yang dipercayai digunakan untuk memuat naik hantaran tersebut.

Suspek direman selama empat hari

“Suspek dibenarkan untuk ditahan reman selama empat hari bermula 20 hingga 23 Ogos 2022 untuk siasatan lanjut,” kata beliau.

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut, Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana menakutkan secara jenayah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Mulltimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

“PDRM memandang serius perkara ini dan tidak akan bertolak ansur dengan sebarang tindakan membabitkan isu salah laku jenayah dan isu ketenteraman awam yang boleh mengganggu gugat keamanan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati menyalahgunakan platform media sosial untuk mengancam keselamatan,” kata beliau lagi.


Recent Posts

  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

25 mins ago
  • News
  • Trending

Cermin Kereta Safiq Rahim Pecah Diketuk Tukul Besi, JDT Arah Pemain Berhati-hati

Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…

44 mins ago
  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

17 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

17 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

17 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

18 hours ago