Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah muhabalah di Masjid Kampung Baru di hadapan jemaah masjid pada malam semalam (21 Ogos).
Sumpah yang dibuat oleh Najib berkenaan kes SRC International Sdn Bhd (SRC) dan menjelang prosiding rayuan akhir kes berkenaan di Mahkamah Persekutuan pada Selasa ini
Dalam sumpah yang dibacanya, Najib sekali lagi menafikan beliau terlibat dalam kes SRC serta tidak mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah syarikat terbabit untuk menyeleweng apa-apa dana syarikat kena dalam akaun bank miliknya untuk sebarang tujuan.
“Sejak aku diberikan amanah memimpin negara Malaysia sehingga kini aku tidak pernah, pertama, pada bila-bila masa mengetahui secara khusus atau sebaliknya bahawa dana RM42 juta itu datangnya dari syarikat SRC secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam sumpah itu.
Dalam pada itu, beliau juga mendakwa tidak pernah menerbitkan atau bersetuju untuk mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkup apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluarga.
Semalam, selepas solat Isyak, Datuk Seri Najib Razak dan Jemaah masjid yang lain melaksanakan solat hajat dan bacaan doa munajat dan melafazkan sumpah itu.
Najib ketika berucap berkata, beliau berharap agar mendapat keadilan sewajarnya dan dapat membuktikan kebenaran yang sebenar.
“Semoga Allah SWT memudahkan dan mengampunkan segala dosa kita, saya berdiri di sini atas tujuan pertama sebagai hamba Allah saya ingin membersihkan nama saya dan memohon pertolongan pada Allah SWT.
“Yang kedua, saya tidak redha, rakyat Malaysia menjamah fitnah seperti yang telah berlaku secara berterusan dan ketiga saya nak bersihkan nama keluarga saya dan juga nama arwah bonda dan bapa saya,” katanya.
Najib mengemukakan rayuan akhir di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta bagi kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC.
Terdahulu, media melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan Najib bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram serta pertuduhan pecah Amanah pada 28 Julai 2020.
Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali turut menjatuhkan hukuman namun membenarkan permohonan untuk ditangguh sementara menunggu rayuan.
Pada 8 Disember tahun lalu, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib dan mengekalkan sabitan ke atasnya.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…