Pegawai Imigresen Hambur Kata Kesat & Tengking Orang Awam Ditukar Serta Merta [Video]

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan seorang pegawai di jabatan Imigresen yang bertindak menengking dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang awam.

Menerusi video tersebut, kelihatan berlaku satu pertengkaran antara seorang lelaki dengan pegawai terbabit di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Aggerik Mall, Shah Alam,Selangor pada 17 Ogos yang lalu.

Pegawai tengking orang awam ditukarkan

Susulan dengan insiden yang berlaku itu, pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah bertindak untuk menukarkan pegawai berkenaan ke bahagian lain.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud memaklumkan, pegawai-pegawai Imigresen sepatutnya tahu mengawal diri serta bersikap profesional terutama ketika berdepan dengan provokasi lisan daripada pihak awam.

Ini kerana, kesemua pegawai telah dilatih dan diberikan tunjuk ajar yang mencukupi.

Kertas siasatan akan dibuka oleh Bahagian Integriti JIM

“Dalam perkara ini, kita telah mengambil tindakan serta-merta dengan menukarkan pengawai berkenaan ke bahagian lain. Kertas sisatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam juga akan dibuka dengan segera oleh Bahagian Integriti jabatan ini,” jelasnya.

Menurut Khairul Dzaimee, meskipun melalui siasatan terdapat unsur provokasi yang dilakukan oleh individu berkenaan, namun pihaknya memandang serius berhubung isu tersebut.

Tindakan dilakukan pegawai tak sejajar dengan slogan jabatan

Tetapi jelasnya, perbuatan yang dilakukan oleh pegawai berkenaan dalam kejadian terbabit adalah tidak selari dengan slogan jabatan iaitu Integriti, Profesional, Mesra.

“Selain itu adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.

JIM kesal perbuatan orang awam membuat provokasi

“Dalam masa yang sama kita juga berasa kesal dengan tindakan provokasi yang dilaksanakan oleh orang awam berkenaan. Pelbagai kemudahan telah disediakan untuk orang ramai memperbaharui pasport mereka seperti permohonan secara dalam talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk Sabtu dan Ahad.

“Justeru itu, JIM menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sosial jabatan ini untuk maklumat terkini,” kata beliau lagi.

Tidak akan berkompromi dengan pegawai yang tidak bersikap profesional

Tambahnya lagi, pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang menunjukkan sikap tidak profesional dan akan mengambil tindakan yang sapatutnya keatas pihak yang mahu memburukkan imej serta kredibitiliti Jabatan Imigresen.

Terdahulu, media melaporkan berikutan dengan insiden yang berlaku itu seorang lelaki yang hadir bersama anaknya untuk membuat pasport ke UTC itu, telah bertindak membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati diri ditengking oleh pegawai terbabit.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

11 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

1 hour ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

6 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago