Ketua Hakim Negara Diugut Oleh Akaun Dipercayai Penyokong Najib

Umum pasti mengetahui ketika ini sedang berlangsungnya prosiding rayuan terakhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan berhubung sabitan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadapnya dalam kes penyelewengan dana RM42 juta milik Syarikat SRC International Sdn Bhd.

Memasuki fasa akhir, Najib bagaimanapun membuat kejutan apabila mengugurkan perkhidmatan peguam ternama Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan firmanya pada 25 Julai lalu untuk digantikan dengan firma Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) sebagai peguam cara baharu.

Beliau dalam masa sama turut melantik Hisyam Teh Poh Teik daripada Tetuan Hisyam Teh sebagai peguam utamanya.

Namun siapa sangka, selepas tiga minggu dilantik, peguam utama Datuk Seri Najib Razak, Hisyam Teh Poh Teik sewaktu hari rayuan pertama semalam, 18 Ogos memohon untuk menarik diri.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat bagaimanapun menolak permohonan Hisyam di mana tindakan penarikan diri itu menurut mereka boleh mengganggu kecekapan dan fungsi mahkamah.

Satu mahu Tengku Maimum berlaku adil, satu lagi desak pengundurannya

Terbaharu isu ini masuk ke fasa baharu apabila tular di media sosial tangkap layar beberapa kenyataan berbaur ugutan yang dikeluarkan oleh akaun-akaun media sosial yang dipercayai penyokong kepada Najib.

Di Facebook seorang pengguna dengan nama Apiez Bond mengeluarkan kenyataan bernada ancaman apabila meminta Ketua Hakim Negara agar tidak menjatuhkan hukuman pada orang yang tidak bersalah atau bakal berdepan akibat.

“Silap-silap pembunuh upahan cari kamu dan bunuh kamu. Yang salah patuh dihukum yang tak salah harus dibebaskan dengan keadilan. Peguam Najib nak beri analisis dokumnen supaya kau dapat bezakan mana yang salah dan mana yang tidak salah,” komennya dalam satu posting di laman UMNO Online.

Menerusi Twitter pula, sebuah akaun memuat naik ciapan mendesak Tengku Maimun agar berundur dari mengetuai kes rayuan berkenaan sambil mengeluarkan satu kenyataan yang

“Jangan sampai ada pertumpahan darah. Kak Mun (Tengku Maimun) harus berundur secara terhormat. Nyawa Kutty juga kini dlm bahaya!” tulis akaun @bossku_team sewaktu membalas ciapan seorang pengguna Twitter.

Kenyataan tersebut kemudiannya tular dan sohor di semua platform media sosial lain di mana rata-rata mendesak agar pemilik akaun tersebut disiasat kerana secara terang-terangan telah mengancam dan mengugut Tengku Maimun.

Menerusi pemerhatian kami, akuan tersebut banyak berkongsi dan mengulang ciap sebarang posting mengenai Najib selain dililhat lantang menghentam mana-mana individu yang ‘tidak sebulu’ dengan Perdana Menteri ke-6 itu.

Polis diarah siasat

Dalam pada itu, Berita Harian melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani sudah pun mengarahkan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) agar menyiasat isu berkenaan.

Menurut Acryl Sani, perkara ini adalah satu isu yang serius dan siasatan sudah pun dilakukan meskipun pihaknya belum menerima sebarang laporan polis.

“Saya sudah mengarahkan JSJ Bukit Aman memulakan siasatan dengan meneliti segala ancaman serta ugutan terhadap Ketua Hakim Negara dan siasatan sama turut membabitkan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah semestinya tidak akan bertolak ansur dengan sebarang perkara membabitkan isu keselamatan dan ketenteraman awam yang boleh mengganggu-gugat keamanan,” katanya kepada Berita Harian.

Recent Posts

  • Trending

Kucing Milik Pengasas Bawal Exclusive Sambut Hari Jadi Di Butik Louis Vuitton Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas Haliza, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh Louis Vuitton bagi meraikan hari jadi…

1 hour ago
  • Trending

Ibu ‘Join’ Anak Menari Lagu Nirmala Atas Pentas Di Sekolah Buat Ramai Teruja [Video]

Aida turut berharap momen menari bersama-sama di atas pentas itu akan menjadi kenangan paling manis…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Pusat Hiburan Di KL Terbakar Dibaling ‘Molotov Cocktail’, Polis Buka Kertas Siasatan

Polis membuka kertas siasatan susulan kejadian pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng yang dibaling…

3 hours ago
  • Trending

Anas Tahir Kongsi Kisah Pemuda ‘Dicekak’ Leher Hanya Kerana Mahu Rapatkan Saf

Niat baik pemuda yang dikenali sebagai Waqiuddin yang cuba merapatkan kakinya dengan seorang jemaah ketika…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

19 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

19 hours ago