“Exercise, Cegah Penyakit” – Kecoh Isu ‘Stroller’, Saranan Dr Rafidah Ban Lif Untuk Orang Muda Dikecam Teruk

Baru-baru ini media sosial hangat membahas isu seorang individu meluahkan rasa terkilannya apabila orang awam enggan memberi laluan buat isteri dan anaknya yang berkereta sorong (stroller) ketika ingin menaiki lif di sebuah pusat membeli belah.

Hal ini menyebabkan segelintir pengguna media sosial tidak dapat menerima luahan yang diberikan lelaki terbabit sekaligus membidasnya dengan kecaman.

Susulan isu terbabit, pakar perubatan terkenal, Dr Rafidah Abdulah turut membuat satu ciapan bagi menyuarakan pandangan serta saranannya mengenai hal tersebut.

‘Ban’ penggunaan lif untuk orang muda dan boleh berjalan

Menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya, Dr Rafidah menyarankan agar pihak pengurusan pusat membeli belah agar mengharamkan penggunaan lif pada orang yang masih muda dan mampu berjalan.

Jelas beliau, kemudahan ini lebih sesuai dikhaskan kepada golongan yang lebih memerlukan seperti Orang Kekurangan Upaya (OKU), Warga Emas dan juga keluarga dengan anak kecil yang menggunakan stroller

“Kepada kesemua pengusaha mall, saya sarankan ban (haram) penggunaan lif untuk mereka yg muda-muda dan boleh berjalan. Hanya beri kemudahan kepada orang-orang tua yg sakit, wheelchair, ibu bapa yg ada anak2 kecil dan stroller,” tulisnya.

Menurutnya, adalah lebih baik jika golongan tersebut menggunakan tangga supaya secara tidak langsung dapat bersenam dan mencegah dari sebarang penyakit.

Terima pelbagai kecaman

Namun tanpa diduga, ciapan yang dibuatnya itu menerima pelbagai reaksi yang rata-rata mengecam kenyataan dikeluarkan olehnya. Malah ada yang berpendapat bahawa kenyataan itu sebagai tidak masuk akal.

Tampil memohon maaf bagi yang terasa hati

Berikutan itu, beliau tampil memohon maaf atas kenyataannya sebelum ini yang telah menguris hati ramai orang serta menjelaskan bahawa kenyataannya itu sekadar saranan.

Tambahnya, kenyataan tersebut adalah untuk membina gaya hidup yang lebih sihat dalam masyarakat negara ini.

Pada masa yang sama, beliau turut mempersoalkan kenapa golongan muda yang ada di dalam situasi pasangan itu tidak memberi laluan sedangkan jelas poster peringatan sudah pun berada di depan lif.

Bagaimanapun, masih ada segelintir yang bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh doktor terbabit dan menyifatkan mereka yang tidak bersetuju itu tidak mempunyai rasa simpati dan bertimbang rasa.

  1. Milennials memamg lembik

2. “Diorang tu memang pemalas”

3. “Takda common sense

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago