Isteri Tanggung ‘Biawak Hidup’ Boleh Minta Fasakh Di Mahkamah Syariah

Setiap wanita pasti mendambakan kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama insan yang tersayang.

Namun, jika perkahwinan yang dibina itu hanya untuk membela ‘biawak hidup’ di rumah sahaja pasti sukar buat si isteri untuk mengecapi nikmat bahagia dalam rumah tangga mereka.

‘Biawak hidup’ merupakan satu istilah yang digunakan untuk merujuk kepada sikap seorang suami yang tidak menjalankan tanggungjawab sehingga isteri terpaksa mengalas tugas untuk menyara keluarga.

Malah, kes seperti ini banyak berlaku kepada masyarakat di luar sana sehingga ada para isteri yang menjadi tertekan dengan sikap suami yang tidak mahu membantu dalam meringankan beban keluarga.

Isteri yang terpaksa tanggung ‘biawak hidup’ boleh mohon fasakh di mahkamah

Berikutan itu, peguam syarie yang dikenali sebagai Nurul Atikah Abd. Rashid memaklumkan golongan isteri yang berdepan dengan situasi tersebut sebenarnya boleh membuat tuntutan fasakh di mahkamah syariah dengan menunjukkan bukti pasangan itu tidak memberikan nafkah.

Memetik laporan Kosmo, selain fasakh antara cara lain yang boleh dilakukan adalah para isteri melakukan tuntutan nafkah yang tertunda di mahkamah dan perkara itu akan diputuskan oleh hakim.

Para isteri berdepan dengan dilema, mahu minta nafkah tetapi suami tidak bekerja

“Bagaimanapun, dilema bagi isteri ini jika menuntut nafkah, mereka sedar suami tidak mempunyai wang untuk diberikan dan ditambah lagi mereka (lelaki) tidak bekerja.

“Justeru apabila hendak menuntut fasakh di mahkamah, isteri kena kemukakan bukti contohnya tidak dapat nafkah lebih tiga bulan berturut-turut dan hanya menggunakan duit sahaja, bukan wang suami,” katanya ketika ditemubual Kosmo semalam (23 Ogos).

Foto: Freepik

Banyak kes isteri terpaksa tanggung suam

Apabila ditanya berhubung kes yang sering diterima, Nurul Atikah memaklumkan dia banyak mendengar keluhan para isteri yang terpaksa menanggung suami yang tidak bekerja sehingga ada yang terpaksa mengadaikan barang kemas kerana mahu menyelesaikan hutang suami.

“Ada isteri terpaksa gadai barang kemas bayar hutang suami keliling pinggang disebabkan lelaki tidak bekerja.

“Sampaikan ada juga suami yang kaki judi dan kerap berhutang dengan orang lain.

“Akibatnya isteri terpaksa bayar hutang tersebut kerana diganggu di rumah. Ada juga golongan isteri bekerja berdepan situasi sama tetapi terpaksa gadai barang kemas kerana wang tidak mencukupi,” jelasnya lagi.

Kata peguam itu lagi, kebiasaanya masalah itu selalu diterima olehnya melalui mesej di media sosial dan rata-ratanya mahu mencari jalan penyelesaian berhubung isu yang sedang dihadapi oleh mereka.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

14 mins ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

22 mins ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

32 mins ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

46 mins ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

2 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

3 hours ago