“Suka Tengok Malaysian Bersatu” – Tindakan Wanita India Bantu Gadis Melayu Pakai Sari Buat Ramai Tersentuh [Video]

Sudah dua hari sambutan Hari Kebangsaan 2022 berlalu, namun kehangatannya masih lagi terasa.

Malah ada juga yang masih berkongsikan kisah kenangan mereka sepanjang sambutan itu berlangsung.

Bermacam-macam cerita dapat dilihat dan yang paling membuatkan ramai terharu sudah tentunya semangat perpaduan sesama kaum yang sangat jitu dan bantu-membantu antara satu sama lain.

Pakai pakaian tradisional kaum India nak sambut merdeka

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok ini yang menunjukkan dirinya memakai pakaian tradisional kaum India untuk meraikan sambutan Hari Kebangsaan 2022 di Dataran Merdeka.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Diyana Azmi, dia memaklumkan itu merupakan kali pertama dirinya memakai pakaian sari dan hanya melihat di dalam YouTube cara untuk memakai pakaian itu.

@diyana.azmi_

Kenangan 31 Ogos 2022 🇲🇾 Selamat Hari Merdeka, Malaysia 🫶🏻. #merdeka #fypシ゚viral #1malaysia #keluargamalaysia

♬ MALAYSIA – Faizal Tahir

Dipuji cantik oleh dua orang wanita berbangsa india dan bantu betulkan sari

Dia kemudian ditegur oleh beberapa wanita berbangsa india yang memujinya cantik dan bantu membetulkan sari tersebut.

“Ini adalah kali pertama pakai sari, tengok video tutorial dari YouTube sahaja.

“Kemudian ada orang tegur kata saya nampak cantik dengan memakai sari dan offer untuk betulkan sari sekali,” kata Diyana.

Rasa jadi perhatian ramai di kawasan tersebut

Jelasnya, ketika itu dia rasa seperti menjadi perhatian ramai kerana sewaktu membetulkan sari tersebut mereka berada betul-betul di hadapan tangga LRT di Masjid Jamek.

Bukan itu sahaja, turut kelihatan segelintir yang ada disitu turut melihatnya serta ada juga mengambil peluang untuk merakamkan momen indah tersebut.

Tahan air mata kerana terharu

Di ruangan komen Diyana turut memaklumkan wanita itu turut menggunakan barangannya seperti pin untuk membetulkan sari tersebut sehingga membuatkannya terpaksa menahan air mata kerana terharu dengan sikap dua wanita itu.

Dia dalam masa sama turut mengucapkan terima kasih dan memberitahu ia merupakan satu momen yang sangat manis buat dirinya.

Menjengah di ruangan komen pula ramai yang memuji Diyana dengan pakaiannya itu dan ada juga yang menyatakan mereka tersentuh melihat kerharmonian dua bangsa yang saling bantu-membantu antara satu sama lain.

“Wah cantik”

“Ya Allah SWT sayangnya dekat semua rakyat Malaysia”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago