Artis Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Bapa, Rina Harun Sedia Berjumpa Jika Laporan Dibuat [Video]

Baru-baru ini tular menerusi satu temu bual yang memaparkan kisah sebenar seorang artis perempuan yang membuat pendedahan mengejutkan mengenai sikap sebenar bapanya.

Puteri Balqis yang dikenali mula berjinak dalam dunia lakonan sejak berusia 5 tahun itu mendakwa sering menjadi mangsa gangguan seksual oleh bapa kandungnya sendiri.

Sering diraba dan dicium bapa kandung

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Youtube Bros Gang TV, Puteri Balqis turut mendakwa dirinya sering diraba dan dicium oleh bapanya.

Tidak hanya itu, bapanya juga didakwa melakukan onani di hadapannya malah dia dikatakan tergamak mengajak anak perempuannya itu menonton video lucah bersama-sama.

Pendedahan yang dibuat artis remaja terbabit menyebabkan ia menjadi bualan hangat orang ramai di media sosial sekaligus mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun.

Rina Harun bersedia untuk bertemu jika ada laporan dibuat

Menurut laporan Kosmo, Rina berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan rasmi mengenai dakwaan tersebut, namun jika ada laporan yang dibuat beliau bersedia untuk bertemu dengan pelakon itu untuk siasatan lanjut.

“Jika betul ada, kita akan panggil dia dan bapanya untuk disiasat serta tidak teragak-agak ambil tindakan tegas di bawah Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Tambahnya, orang ramai boleh membantu kementerian itu dengan tampil membuat aduan termasuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Saya difahamkan bahawa artis cilik ini hanya dedah pengakuan itu melalui laman sosial Twitter sebelum tular apabila diulang ciap ramai netizen terutama peminatnya,” katanya lagi.

Rina Harun akui sedih sekiranya keadaan tersebut betul

Pada masa sama, beliau juga akui sedih seandainya benar dakwaan itu. Hal ini kerana ibu bapa sepatutnya menjadi pelindung serta pembimbing anak-anak dan bukannya menhancurkan masa depan mereka.

“Jika keadaan tersebut betul, ia amat menyedihkan kerana ibu bapa terbabit sepatutnya menjadi pelindung dan pembimbing kepada anak mereka sendiri,” kata Rina.

Dakwaan bapa mangsa buat laporan polis

Terkini, terdapat ura-ura di media sosial bahawa ayahnya telah membuat laporan polis menafikan dakwaan artis remaja terbabit.

Menerusi perkongsian tangkap layar perbualan menerusi WhatsApp yang dimuat naik di laman Twitter akaun @kamalazizKingG, lelaki berkenaan mendakwa segala tuduhan yang dilemparkan kepada bapa artis tersebut adalah fitnah.

Recent Posts

  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

16 mins ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

29 mins ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

4 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

5 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

6 hours ago