Tular Video Gaduh Di Kelantan, Rupanya Pasal Sewa Rumah [Video]

Sejak semalam tular di Facebook video pergaduhan melibatkan beberapa individu di tepi sebuah jalan dipercayai di Pasir Mas, Kelantan.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat beberapa individu sedang bertengkar sambil cuba dileraikan oleh orang awam.

Namun tidak sampai beberapa ketika, seorang lelaki yang sedang berada di dalam sebuah kereta Honda dilihat keluar dari kenderaan lalu menerpa ke arah kumpulan tersebut sambil membawa bungkusan berwarna putih yang didakwa orang ramai sebagai pedang samurai.

Dimuat naik di laman Facebook Kelab Info Malaysia, video berkenaan kemudiannya mula tular dan sohor di semua platform media sosial.

Bergaduh pasal sewa rumah

Terbaharu media melaporkan insiden pergaduhan itu dikenalpasti berpunca daripada pertikaian berhubung kenaikan sewa rumah antara penyewa dan pemilik rumah.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohd Nasaruddin M Nasir, pihaknya sudah memanggil kedua-dua pihak terlibat dan mendapati insiden berlaku di Jalan Jemal, Pasir Mas pada Ahad, 11 September lalu.

“Penyewa telah berjanji untuk menyerahkan kunci rumah pada hari kejadian, namun gagal berbuat demikian menyebabkan berlaku pertikaian dan pergelutan antara kedua-dua belah pihak.”

“Kedua-dua belah pihak yang terlibat telahpun dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas bagi memberi keterangan lanjut dan menyelesaikan pertikaian tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Tiada kecederaan serius & tiada pengguna senjata api

Hasil siasatan turut mendapati tiada sebarang kecederaan serius yang dialami oleh kedua-dua belah sewaktu insiden pergaduhan tercetus.

“Hasil perbincangan, kedua-dua pihak mengakui kesilapan masing-masing serta tidak berhasrat untuk meneruskan kes selain mahu menyelesaikannya secara baik.

“Dalam insiden itu juga tiada sebarang kecederaan serius dialami,” kata Mohd Nasaruddin lagi.

Sehubungan itu beliau menasihati orang ramai agar tidak mudah menyebarkan sebarang berita atau perkara yang tidak pasti bagi mengelakkan kebimbangan dan salah faham berlaku dalam kalangan masyarakat.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan, beliau menafikan ada penggunaan senjata api semasa pergaduhan tersebut berlaku.

Recent Posts

  • Trending

“Rock Habis”- Mak Cik Curi Perhatian Nyanyi Lagu Scorpions ‘Still Loving You’ Di Majlis Kenduri Kahwin [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…

1 hour ago
  • Trending

Kes Gandar Omoda 5 Tercabut, Kereta Sudah Dibawa Ke Pusat Servis Untuk Pemeriksaan Menyeluruh – Cherry

Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

“Mahu Berkhidmat Untuk Negara” – Chan Min Youn Satu-Satunya Penuntut Cina Tamat Kursus Komando GGK 2024

Apabila ditanya oleh Mejar Jeneral Adi apakah yang menyebabkan dia menyertai tentera, Leftenan Muda Chan…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Cedera selepas Terlanggar Jalan Berlubang, Penunggang Motosikal Menang Saman & Dapat Ganti Rugi RM721,000

Mahkamah menganugerahkan mangsa iaitu Razali sebanyak RM352,947.33 bagi ganti rugi khas dan RM368,000 untuk ganti…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

3 hours ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

4 hours ago