Asyik Terngiang Lagu Sama Di Kepala? Ini 5 Cara Untuk Bantu Korang Hentikannya

“Begitu sulit lupakan Rehan… apalagi Rehan baik..” melihat sahaja lirik ini sudah pasti ia sedang bernyanyi dan stuck dalam fikiran korang bukan?

Adakalanya, perkara ini membuatkan korang rasa ia seperti menjengkelkan terutama apabila ia asyik bermain difikiran tanpa henti.

lagu berulang dalam fikiran

Tetapi tahukah korang bahawa perkara itu sebenarnya dipanggil sebagai ‘earworms’ di mana ia adalah lagu yang tidak diingini tetapi berulang di dalam kepala sehingga mengganggu ketenteraman.

Terbaharu, pihak Public Health Malaysia (PHM) menerusi Twitter rasminya telah menerangkan beberapa ciri dan cara untuk menghentikan perkara tersebut dari terus bermain difikiran anda.

Mempunyai jangka masa yang pendek

Menurut ahli psikologi muzik lagu-lagu ini lebih pantas serta mempunyai ciri melodi ringkas di mana panjangnya lebih kurang 15 saat ke 30 saat.

Malah, muzik bagi earworms juga mempunyai beberapa selang unik antara nota yang membuatkan lagu tersebut menonjol.

5 cara hentikan ‘Earworms’

#1 Dengarkan keseluruhan lagu

Dengan mendengar dan menikmati keseluruhan lagu ia dapat membantu untuk menghilangkan sesetengah rangkap bagi lagu yang ‘terperangkap pada gelung’ di kepala korang.

#2 Tambah variasi lagu dalam fikiran

Foto: Pexels

Cuba untuk fikir atau dengarkan lagu yang korang suka. Malah berzikir juga dapat membantu untuk menghentikan earworms ini.

#3 Abaikan

Adakalanya kita mungkin terlalu fokus dengan lagu tersebut dan cuba sedaya upaya untuk menghentikan ia dari bermain dari fikiran.

Tetapi apabila makin dicuba semakin kuat ia bernyanyi difikiran korang bukan? Cuba untuk tidak memikirkannya dan biarkan ia hilang secara semula jadi.

#4 Gula-gula getah

Foto: Freepik

Sekiranya ia bermain dalam fikiran selepas mendengar lagu tersebut, mungkin korang boleh cuba makan gula-gula getah.

Ini kerana ia mungkin dapat mengurangkan kemungkinan daripada di ganggu oleh earworms.

#5 Sibukkan diri

Cuba untuk sibukkan diri korang, kerana ini dapat membantu anda mengalihkan fokus kepada sesuatu perkara yang sedang dilakukan.

Jadi secara tak langsung ia dapat membantu anda untuk melupakan tentang bait-bait lagu tersebut.

Jelas PHM adakala gejala ini boleh menyebabkan gangguan obsesif-kompulsif, sindrom psikotik, sakit kepala migrain, sawan atau keadaan yang dikenali sebagai palinacausis iaitu apabila korang mendengar bunyi yang lama selepas ia hilang.

Namun, kebiasaanya kes cacing telinga adalah sesuatu yang neutral dan tidak serius malah mungkin sebahagian daripada proses kreatif daripada otak korang.

Cacing telinga yang berterusan lebih daripada 24 jam mungkin disebabkan oleh pelbagai penyakit yang lebih serius. Oleh itu, sekiranya perkara ini berlaku kepada korang dapatkan pemeriksaan dan rawatan dengan segera.

Melihat di ruangan balas, sebenarnya ramai yang sedang mengalami earworms gara-gara lagu ini. Di harap dengan perkongsian tips ini ia dapat membantu korang semua daripada ia terus bermain difikiran.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

2 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

4 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

4 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago