Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya.
Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah.
Baru-baru ini, Khairul Aming yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-30 telah memuat naik satu video menceritakan tentang perjalanan hidupnya di TikTok pada 10 tahun lalu sebelum bergelar sebagai seorang usahawan.
Menerusi video tersebut, ketika berumur 20 tahun dia telah melanjutkan pelajarannya di Vanderbilt University, Amerika Syarikat selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sains bahan serta menerima anugerah dekan dan AT&T.
Sepanjang tempoh pembelajaran, usahawan itu turut menimba pelbagai pengalaman dan mula menceburi bidang videografi bermula pada umur 21 tahun sehingga memenangi tempat pertama bagi pertandingan International Travel Video di USA.
Pada usia 23 tahun, dia pulang ke tanah air dan bekerja dalam bidang ‘oil dan gas’ sebelum masuk ke bahagian logistik selepas setahun dalam pekerjaan tersebut.
Jelasnya, berada di dalam bidang tersebut banyak mendedahkan kepada dunia perniagaan dan dapat mempelajari pelbagai cabang bidang lain seperti pengurusan, kewangan dan banyak lagi.
Ketika berusia 25 tahun, Khairul Aming kemudian ingin mencari duit tepi dengan melakukan beberapa perniagaan namun gagal lalu memutuskan untuk membuat video masakan dan dimuat naik dalam chanel Facebook yang dinamakan ‘Rasapop’.
Menurutnya, pada 26 tahun chanel Rasapop itu telah mendapat sambutan menggalakkan sehingga menerima setengah juta pengikut, yang kemudian membuatkan usahawan tersebut ingin melakukan perniagaan sambal sendiri.
Namun, apa yang menyedihkan perniagaan yang diberi nama Sambal King itu juga gagal dan mengalami kerugian serta view di laman Facebook RasaPop turut merundum sehingga membuatkan dia terpaksa membina semula nama daripada awal.
Di usia 27 tahun dia mula menonjolkan diri sebagai Khairul Aming dan mula mendapat perhatian ramai sehingga memiliki jutaan pengikut.
Meskipun gembira dengan perkara itu namun dia turut mengakui privasinya hari demi hari berkurangan.
Namun dalam kegembiraan yang dimiliki, dia turut diuji apabila bapa tercinta dijemput menghadap ilahi dan dalam tahun yang sama usahawan itu membuat keputusan berhenti dari kerjayanya dalam bidang minyak dan gas untuk memulakan perniagaan Sambal Nyet pada usia 29 tahun.
Selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan dalam kehidupan, akhirnya usahawan ini berjaya dalam perniagaannya apabila membuat jualan lebih RM7 juta serta habis dijual setiap hari di dalam aplikasi atas talian.
Katanya, dia bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang dimiliki dan kini telah berjaya membuka dua kilang Sambal Nyet dan menyatakan kilang kedua masih mempunyai sedikit lagi pengubahsuaian sebelum boleh digunakan sepenuhnya.
Tambahnya, disebabkan tiada lagi sekatan kerana pandemik Covid-19 maka usahawan ini ingin berjumpa dengan orang ramai yang telah menyokong kerjaya dan perniagaannya.
Dia turut memaklumkan sempena usia 30 tahun, usahawan ini mahu mengembara ke lebih banyak tempat sebagai ganjaran untuk diri sendiri dan membuat konten yang lebih menarik di luar sana.
Meninjau di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan usahawan tersebut dan menyatakan ia boleh dijadikan sabagai satu inspirasi yang baik.
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…
TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.
Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…
Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…
Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…