fbpx
Now Reading
“Inspirasi!”- Khairul Aming Cerita Cabaran 10 Tahun Lalu Sebelum Sukses Jual Sambal Nyet [Video]
Khairul Aming cerita kisah 10 tahun sebelum jadi usahawan

“Inspirasi!”- Khairul Aming Cerita Cabaran 10 Tahun Lalu Sebelum Sukses Jual Sambal Nyet [Video]

Meskipun melalui pelbagai cabaran dan kegagalan. Namun, sikap tidak mudah berputus asa Khairul Aming telah membawanya kepada satu kejayaan yang cukup manis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dengar sahaja tagline ‘Hey What’s up guys’ pasti anda sudah dapat mengenal pasti siapakah gerangan orangnya.

Bukan hanya terkenal di seluruh platform media sosial tetapi influencer dan usahawan, Khairul Aming ini juga sentiasa dihormati dengan sikap profesional dalam menangani sesuatu masalah.

Cerita kisah kehidupan pada 10 tahun lepas

Baru-baru ini, Khairul Aming yang baru sahaja menyambut ulang tahun yang ke-30 telah memuat naik satu video menceritakan tentang perjalanan hidupnya di TikTok pada 10 tahun lalu sebelum bergelar sebagai seorang usahawan.

Menerusi video tersebut, ketika berumur 20 tahun dia telah melanjutkan pelajarannya di Vanderbilt University, Amerika Syarikat selama 4 tahun dalam bidang kejuruteraan mekanikal dan sains bahan serta menerima anugerah dekan dan AT&T.

Sepanjang tempoh pembelajaran, usahawan itu turut menimba pelbagai pengalaman dan mula menceburi bidang videografi bermula pada umur 21 tahun sehingga memenangi tempat pertama bagi pertandingan International Travel Video di USA.

Pulang ke tanah air untuk bekerja

Pada usia 23 tahun, dia pulang ke tanah air dan bekerja dalam bidang ‘oil dan gas’ sebelum masuk ke bahagian logistik selepas setahun dalam pekerjaan tersebut.

Jelasnya, berada di dalam bidang tersebut banyak mendedahkan kepada dunia perniagaan dan dapat mempelajari pelbagai cabang bidang lain seperti pengurusan, kewangan dan banyak lagi.

Umur 25 tahun, Khairul Aming nak cari duit dengan berniaga

Ketika berusia 25 tahun, Khairul Aming kemudian ingin mencari duit tepi dengan melakukan beberapa perniagaan namun gagal lalu memutuskan untuk membuat video masakan dan dimuat naik dalam chanel Facebook yang dinamakan ‘Rasapop’.

Menurutnya, pada 26 tahun chanel Rasapop itu telah mendapat sambutan menggalakkan sehingga menerima setengah juta pengikut, yang kemudian membuatkan usahawan tersebut ingin melakukan perniagaan sambal sendiri.

Meniaga Sambal King gagal, mula tampilkan diri

Namun, apa yang menyedihkan perniagaan yang diberi nama Sambal King itu juga gagal dan mengalami kerugian serta view di laman Facebook RasaPop turut merundum sehingga membuatkan dia terpaksa membina semula nama daripada awal.

Di usia 27 tahun dia mula menonjolkan diri sebagai Khairul Aming dan mula mendapat perhatian ramai sehingga memiliki jutaan pengikut.

Meskipun gembira dengan perkara itu namun dia turut mengakui privasinya hari demi hari berkurangan.

Bapa pergi menghadap ilahi, berhenti kerja dan mulakan Sambal Nyet

Namun dalam kegembiraan yang dimiliki, dia turut diuji apabila bapa tercinta dijemput menghadap ilahi dan dalam tahun yang sama usahawan itu membuat keputusan berhenti dari kerjayanya dalam bidang minyak dan gas untuk memulakan perniagaan Sambal Nyet pada usia 29 tahun.

Selepas melalui pelbagai cabaran dan kegagalan dalam kehidupan, akhirnya usahawan ini berjaya dalam perniagaannya apabila membuat jualan lebih RM7 juta serta habis dijual setiap hari di dalam aplikasi atas talian.

Bersyukur dengan kejayaan Sambal Nyet, nak jumpa semua yang dah menyokong

Katanya, dia bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang dimiliki dan kini telah berjaya membuka dua kilang Sambal Nyet dan menyatakan kilang kedua masih mempunyai sedikit lagi pengubahsuaian sebelum boleh digunakan sepenuhnya.

Tambahnya, disebabkan tiada lagi sekatan kerana pandemik Covid-19 maka usahawan ini ingin berjumpa dengan orang ramai yang telah menyokong kerjaya dan perniagaannya.

Dia turut memaklumkan sempena usia 30 tahun, usahawan ini mahu mengembara ke lebih banyak tempat sebagai ganjaran untuk diri sendiri dan membuat konten yang lebih menarik di luar sana.

@khairulaming

Hari ni genap aku berusia 30 tahun, dan aku compile video ni untuk dijadikan diari hidup dari umur 20 ke umur 30. Terima kasih kepada korang semua sebab support insan bernama khairulaming ni ❤️🥺

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

Ramai kagum dan jadikan sebagai kejayaan Khairul Aming sebagai inspirasi

Meninjau di ruangan komen, kelihatan ramai yang kagum dengan usahawan tersebut dan menyatakan ia boleh dijadikan sabagai satu inspirasi yang baik.

‘Bukan calang-calang, tahniah dik anda seorang yang hebat’

‘Saya terinspirasi’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.