Negara Thailand merupakan antara negara yang sudah membenarkan penggunaan ganja kepada rakyatnya.
Oleh itu, kebanyakan kedai di negara tersebut sudah mula menjual barangan yang mengandungi tumbuhan berkenaan.
Memetik laporan World Of Buzz, berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh negara jiran itu setiap barangan yang mengandungi ganja itu hendaklah tidak melebihi daripada 0.2% sahaja.
Baca artikel berkaitan: ‘Untuk Keperluan Diri Sendiri’ – Thailand Kini Benarkan Rakyat Tanam Ganja Di Rumah
Baru-baru ini, seorang wanita di Singapura telah berkongsi tentang percutiannya di Thailand.
Jelasnya, tujuan ke negara tersebut adalah untuk bercuti bersama keluarga dan menyatakan telah berkunjung ke sebuah kedai makan berdekatan hotel yang didudukinya.
“Saya memesan semangkuk mi sup, dan ia merupakan semangkuk mi sup yang sangat sedap,” kata wanita itu.
Disebabkan ia sangat sedap, pada keesokan hari ketika sarapan pagi dia kemudian membuat keputusan untuk memesan makanan yang sama di kedai tersebut.
Namun apa yang membuatkan dia terkejut apabila menyedari terdapat simbol daun ganja yang kecil pada nama hidangan berkenaan.
“Ketika itulah saya tahu semangkuk mi sup mengandungi ganja,” katanya lagi.
Kata wanita itu, berdasarkan keterangan makanan tersebut ia tidak menyatakan apa-apa bahawa mengandungi ganja dan menyangkakan daun di dalam mi sup tersebut adalah kangkung.
Susulan daripada itu, Menteri Dalam Negeri Singapura sebelum ini memaklumkan pengambilan dadah tanpa sengaja atau tidak diketahui bukanlah sebagai satu kesalahan.
Tetapi beliau menggesa rakyat Singapura berhati-hati dengan apa yang mereka makan khususnya ketika bercuti.
Biro Narkotik Pusat (CNB) juga telah menyatakan bahawa ‘siasatan akan diadakan’ sekiranya ujian air kencing kembali positif, tidak kiralah bagaimana ia telah digunakan.
Sehubungan itu, adalah baik untuk melakukan penyelidikan berhubung undang-undang ganja sekiranya anda merancang perjalanan ke Thailand.
Kredit foto: Michael Fischer by Pexel / Freepik
Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…
Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.
Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…
Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…
Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…
Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…