Tidak dinafikan menjadi seorang ibu tunggal bukanlah suatu perkara yang mudah.
Apatah lagi jika seseorang ibu tunggal itu perlu mengembara bersama anak yang masih kecil dengan menggunakan pengangkutan awam.
Bagi mereka yang mahupergi atau pulang ke Singapura pasti sudah memahami keadaan sesak ketika berada di Pusat Pemeriksaan Imigresen Johor-Woodlands terutama ketika waktu puncak.
Perkara yang sama turut terjadi kepada Siti Zulaiha yang terperangkap dalam kesesakan sewaktu menunggu gilirannya bagi pemeriksaan kastam pada 25 September yang lalu.
Menerusi satu video di TikTok, dia telah berkongsi kisahnya apabila dibantu oleh dua anak muda yang berusia 18 dan 21 tahun sehingga membuatkan dirinya tersentuh.
Memetik laporan Mothership, Zulaiha yang ketika itu sedang dalam perjalanan untuk pulang ke Singapura selepas berkunjung ke Johor bersama dua anaknya iaitu seorang lelaki berusia 11 tahun dan seorang bayi berusia 7 bulan.
Ketika itu, ibu tunggal dan anak kecil tersebut membawa satu beg bagasi yang besar dan beg galas, manakala bayinya pula di kendong dengan menggunakan ‘slip-on baby carrier’.
“Ia merupakan kesesakan yang teruk di pusat imigresen di Johor Bharu,” kata Zulaiha.
Apa yang lebih mencabar, anak lelakinya yang berusia 11 tahun itu juga tidak beberapa sihat sewaktu mereka bercuti di Johor.
Namun, Zulaiha menjelaskan bahawa dirinya okay dengan situasi tersebut kerana mahu mengambil peluang itu untuk mencipta kenangan manis bersama anak-anaknya.
“1 jam dalam barisan, dua lelaki di belakang saya bertanya sama ada mereka boleh bantu untuk bawa bayi yang sedang tidur,” kata Zulaiha.
Dia kemudian bersetuju selepas mereka bersungguh-sungguh untuk membantunya jelas Zulaiha kepada Mothership.
Menurutnya lagi, dua anak muda itu bukan hanya menggendong bayinya semasa di kaunter, tetapi turut membantu menjaga itu semasa bas dalam perjalanan untuk merentasi tambak.
Malah turut kelihatan mereka cuba menenangkan bayi di dalam bas tersebut kerana Zulaiha berada jauh terpisah disebabkan orang yang ramai di dalam kenderaan berkenaan.
“Selepas beberapa perbualan, kami mendapat tahu bahawa salah seorang daripada mereka tinggal di Tampines tidak jauh dari rumah saya dan seorang lagi di Punggol.
“Oleh itu, kami memutuskan untuk menaiki teksi bersama-sama,” jelas Zulaiha.
Katanya, anak muda itu kelihatan sangat sabar apabila sanggup menunggu Zulaihan bersama anaknya sehingga selesai urusan di kastam Singapura sebelum mereka menaiki bas ke Woodlands Interchange dan menaiki teksi untuk pulang ke rumah.
Apabila sampai di Tampines, salah seorang dari mereka membantu Zulaiha membawa bagasinya meskipun mempunyai beg sendiri untuk dibawa.
Oleh itu, sebagai tanda untuk mengucapkan terima kasih, dia kemudian bertindak untuk membayarkan tambang teksi tersebut meskipun mereka sudah menawarkan agar ia dibahagikan.
Zulaiha turut mengimbau satu perbualannya bersama dengan salah seorang anak muda itu yang menyatakan bahawa ibunya juga ibu tunggal.
“Jadi saya tahu bagaimana rasanya melihat awak,” jelas anak muda itu.
“Saya cuma nak cakap, ibu bapa awak membesarkan awak dengan sempurna dan mereka akan bangga dengan awak,” tulis Zulaiha dalam video itu.
Melihat di ruangan komen, majoriti orang ramai turut memuji tindakan anak muda tersebut dan menyatakan mereka adalah “permata”.
Menurut KPD Seremban, kemalangan terbabit melibatkan mangsa penunggang motosikal berusia 44 tahun dan pemandu wanita…
Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…
Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…
Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…
Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…
Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…