Haiwan merupakan hidupan yang sering menjadi perhatian kanak-kanak, bukan hanya kerana comel tetapi gelagatnya sentiasa membuat kita senang dan terhibur.
Malah kita juga dapat melihat telatah anak-anak apabila berjumpa dengan haiwan yang jarang dapat mereka dekati.
Sudah tentu ada yang takut, ada yang berani, dan ada juga yang suka menyakat seperti mengagah haiwan yang mereka lihat.
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh @BroJEFF, memaparkan aksi kanak-kanak sedang mengusik seekor burung kakak tua sehingga menjadi perhatian ramai.
Menerusi video tersebut, Jeff ketika itu sedang membuat pameran mini zoo di sebuah sekolah rendah dengan membawa pelbagai jenis haiwan.
Kemudian kelihatan seorang pelajar yang sedang mengagah seekor burung kakak tua sambil ditemani oleh seorang rakannya.
Semasa dia mengagah burung tersebut, dapat dilihat burung itu memberi respon apabila mengikuti gerak tangan pelajar terbabit.
Dua orang pelajar berkenaan turut kelihatan gembira dengan gelagat burung kakak tua itu, namun beberapa saat kemudian kegembiraanya bertukar duka apabila Jeff menunjukkan pelajar terbabit berlalu pergi seperti sedang menangis sambil dipujuk rakannya.
“Selepas kejadian, usik sangat kan dah mendapat,” kata Jeff di dalam video tersebut.
Ketika ditanya oleh orang ramai apakah yang terjadi kepada pelajar tersebut sehingga membuatkan dia seperti bersedih, Jeff menyatakan pelajar itu telah dipatuk oleh burung kakak tua itu.
Melihat di ruangan komen, reaksi pelajar itu telah membuatkan ramai yang terhibur kerana dia pada awalnya kelihatan seronok namun bersedih apabila dipatuk oleh burung berkenaan.
Tidak kurang juga yang memuji sikap rakan pelajar itu yang setia memujuk ketika dia sedang bersedih.
Menerusi video, kelihatan Cikgu Inthira memasak sendiri hidangan tosei sambil dibantu oleh pelajar lain semasa…
Sebelum ini media melaporkan sebanyak 108 cawangan KFC telah ditutup buat sementara waktu berdasarkan data…
AZ menerusi satu kenyataan berkata, pihaknya bersimpati kepada sesiapa yang kehilangan orang tersayang atau dilaporkan…
Menurut Seniman, isu yang hangat diperkatakan oleh Sarah Yasmine juga adalah isu peribadi, justeru perlu…
Menerusi video tersebut, kelihatan mak cik berkenaan turut meninggikan suaranya dengan tenang ketika nyanyi di…
Menurut Chery Auto Malaysia, kenderaan wanita berkenaan telah dibawa ke pusat servis untuk pemeriksaan dan…