Wanita Tangkap Suami Buat ‘Projek’ Di Hotel, Siap Hadiahkan Satu Tendangan Di Perut

Sejak semalam, tular di media sosial satu video memperlihatkan seorang lelaki ditangkap oleh isterinya ketika sedang berasmara bersama seorang wanita di sebuah hotel.

Menerusi rakaman tersebut, wanita berkenaan dilihat menyerang suaminya yang cuma berseluar pendek dan seorang wanita yang hanya memakai pakaian dalam, dipercayai seorang pelacur yang dilanggan oleh lelaki terbabit.

Mungkin kerana terlalu marah, dia dilihat memukul suaminya berulang kali sebelum bertindak menendang tepat ke arah perut si suami. Nasib sama turut diterima ‘pasangannya’ yang hanya mampu mendiamkan diri.

“Puasnya hati tengok bini dia terajang dua-dua”

Menerusi perkongsian di Facebook, si isteri mendakwa insiden yang tular sebenarnya berlaku pada minggu lalu namun dia hanya mempunyai kekuatan untuk mendedahkannya baru-baru ini.

Baru 1% bukti

Dia yang merupakan seorang pemilik salon kecantikan di Kuala Terengganu menjelaskan nekad berbuat demikian kerana sudah tidak tahan dituduh yang bukan-bukan.

“Aku lagi sayu bil telefon kena potong 2 hari, nak makan A&W pun dan yang best-best kena tunggu setiap gaji.

“Balik-balik Allah tunjukkan, aku pergi terus ke Jalan Tok Lam masuk bilik hotel tengok (dia) dalam keadaan bogel, tengah sedap ***** dengan ayam bayar bernilai RM300. (Siap) minta kurang dengan bapak ayam RM220 (tapi) tak boleh setakat 280 sahaja. Bini pergi kerja cari rezeki suami pergi makan rezeki,” luahnya di Facebook.

Kongsi bukti suami langgan ‘ayam’

Dalam satu lagi hantaran berbeza, wanita ini turut menafikan tuduhan segelintir netizen yang mengatakan si suami berbuat demikian kerana dia tidak melayani permintaan batinnya.

“Ramai sangat kecam kata aku tak bagi nafkah batin! Sepanjang kahwin boleh kira aku tak bagi. Kamu faham sikit dekat situ, hanya yang terdekat sahaja aku boleh kongsi bukti-bukti mengaibkan ni.”

Malah dia turut berkongsi bukti perbualan WhatsApp yang dipercayai dilakukan suaminya sewaktu menempah wanita berkenaan.

Isu ini turut mendapat perhatian ramai pengguna Twitter yang merasakan suaminya seorang yang tidak bersyukur kerana sanggup curang dan melakukan perbuatan terkutuk walhal sudah dikurniakan seorang isteri yang bukan sahaja rajin bekerja dan berdikari malah cantik.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

7 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

8 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

8 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

10 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

12 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

12 hours ago