“Milisecond Terakhir..” – Pemandu Drag Maut Ketika Perlumbaan

Sejak tengah hari tadi, tular satu video di media sosial insiden kemalangan membabitkan seorang pemandu drag, Muhammad Hafez Jamal ketika perlumbaan drag Battle of The King di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, pada Sabtu (15 Oktober).

Memetik laporan Kosmo, arwah yang turut dikenali dengan panggilan Apeh Jamal dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan yang teruk apabila kenderaan Mitsubishi Lancer Evolution VIII yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di tepi litar berkenaan.

Menerusi video yang tular, turut kedengaran suara pengulas perlumbaan itu memanggil bahagian medik untuk segera memberi bantuan sejurus kemalangan berlaku.

Susulan daripada kejadian itu, pihak penganjur, MUSC Motorsport telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlumbaan tersebut.

“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program & pasukan drag mengambil keputusan untuk menangguhkan acara Botk2022 ini ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak.

“Alfatihah untuk Arwah Apeh Jamal dan salam takziah buat keluarga,” tulis mereka dalam satu kenyataan.

Menerusi satu hantaran di Facebook, MUSC Motorsport turut berkongsi klip momen-momen terakhir arwah sebelum perlumbaan bermula.

Menerusi carian kami, arwah Apeh Jamal sebelum ini pernah memenangi perlumbaan Terenganu International Drag Strip bagi kategori 4WD PS (4 Piston) pada Mei yang lalu.

Beliau juga sudah lama aktif dalam sukan permotoran sejak dari usia muda.

Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan Allahyarham. Innalillahiwainnailaihirojiun…

Recent Posts

  • Trending

Haramkan Syarikat Bersubahat Dalam Genosid Gaza Daripada NATSEC Asia 2024 – NGO Malaysia

Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan NATSEC 2024 dijadualkan berlangsung di di Pusat Pameran dan…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Tak Mampu Ganti Pemadam Kawan, Kanak-Kanak Umur 10 Tahun Tawar Seks Untuk Bayar Hutang

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kes itu bagaimanapun tidak difailkan memandangkan ia disifatkan…

8 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

The Exchange TRX perkenal TRX Eats, Makan Sambil Berhibur Sepanjang Bulan Mei Ini!

TRX Eats adalah perayaan kepelbagaian kuliner dan kehidupan sosial yang mencerminkan semangat The Exchange TRX.

9 hours ago
  • News
  • Trending

Kedudukan Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Salah Kementerian Sepenuhnya – Fahmi Fadzil

Menurut Fahmi Fadzil, undang-undang di bawah kementerian berbeza turut dilihat mempengaruhi laporan yang dikeluarkan oleh…

10 hours ago
  • Trending

BJAK Tak Pernah Dapat Kelulusan Jalankan Perkhidmatan ‘Renew’ Cukai Jalan – JPJ

Menurut JPJ, tiada intergrasi sistem di antara sistem JPJ (MySIKAP) dengan sistem yang digunakan oleh…

11 hours ago
  • Trending

Peniaga Apam Balik Jadi Bidan Terjun, Baca Doa Di Kenduri Kahwin Buat Ramai Kagum [Video]

Apa yang menjadi perhatian adalah bacaan doa pemuda berkenaan yang lancar, penuh dengan lenggok dan…

12 hours ago