
“Milisecond Terakhir..” – Pemandu Drag Maut Ketika Perlumbaan
Berikutan kemalangan maut tersebut, pihak penganjur telah menangguhkan perlumbaan itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak tengah hari tadi, tular satu video di media sosial insiden kemalangan membabitkan seorang pemandu drag, Muhammad Hafez Jamal ketika perlumbaan drag Battle of The King di Litar Permotoran Terengganu, Gong Badak, pada Sabtu (15 Oktober).
Memetik laporan Kosmo, arwah yang turut dikenali dengan panggilan Apeh Jamal dilaporkan meninggal dunia kerana mengalami kecederaan yang teruk apabila kenderaan Mitsubishi Lancer Evolution VIII yang dipandu hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pokok di tepi litar berkenaan.
Menerusi video yang tular, turut kedengaran suara pengulas perlumbaan itu memanggil bahagian medik untuk segera memberi bantuan sejurus kemalangan berlaku.
Seram 😞
— 𝙖𝙙𝙙𝙖𝙢 (@nikaddam) October 15, 2022
Al-fatihah untuk arwah pic.twitter.com/rqy4CcrNzZ
Susulan daripada kejadian itu, pihak penganjur, MUSC Motorsport telah mengambil keputusan untuk menangguhkan perlumbaan tersebut.
“Sebagai penghormatan, pihak pengurusan, semua rakan program & pasukan drag mengambil keputusan untuk menangguhkan acara Botk2022 ini ke suatu tarikh lain yang akan ditentukan kelak.
“Alfatihah untuk Arwah Apeh Jamal dan salam takziah buat keluarga,” tulis mereka dalam satu kenyataan.
Menerusi satu hantaran di Facebook, MUSC Motorsport turut berkongsi klip momen-momen terakhir arwah sebelum perlumbaan bermula.
Menerusi carian kami, arwah Apeh Jamal sebelum ini pernah memenangi perlumbaan Terenganu International Drag Strip bagi kategori 4WD PS (4 Piston) pada Mei yang lalu.
Beliau juga sudah lama aktif dalam sukan permotoran sejak dari usia muda.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga dan rakan Allahyarham. Innalillahiwainnailaihirojiun…