fbpx
Now Reading
Dakwa UAI Tiada Tauliah Mengajar, Dr. Ahmad Najmee Mohon Maaf

Dakwa UAI Tiada Tauliah Mengajar, Dr. Ahmad Najmee Mohon Maaf

Permohonan maaf itu dibuat selepas Dr. Ahmad Najmee mengadakan pertemuan bersama wakil keluarga UAI yang dikenali sebagai Mazuwan di kliniknya semalam (27 Disember).

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada masa kini, media sosial sememangnya menjadi platform bagi individu untuk meluahkan pendapat atau buah fikiran masing-masing selain mengabadikan momen terindah.

Namun, dalam mengutarakan pendapat sendiri tentang sesuatu isu atau perkara, kita perlu memikirkan kesan yang bakal terjadi akibat daripada perbuatan tersebut.

Ini kerana kadang-kala pendapat yang diluahkan boleh menyebabkan segelintir pihak tidak bersetuju dan tersinggung dengan apa yang disuarakan.

Doktor Mohon Maaf Kepada Ustaz Azhar Idrus

Terbaharu, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Doktor Ahmad Najmee Mohd Nor membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan keluarga.

Permohonan maaf itu dikeluarkan selepas dia memuat naik beberapa hantaran yang menuduh penceramah berkenaan tidak memiliki tauliah mengajar.

Menerusi akaun Facebook rasminya, Dr Ahmad Najmee memuat naik hantaran permohonan maaf tersebut setelah mengadakan pertemuan bersama wakil keluarga UAI yang dikenali sebagai Mazuwan di kliniknya semalam (27 Disember).

“Dengan segala rendah hati saya memohon maaf atas keterlanjuran kata dan tuduhan kurang cermat terhadap Ustaz Azhar Idrus yang memberi impak besar kepada banyak pihak.

“Keterlanjuran kata ini adalah hasil dari kelemahan diri saya sendiri yang terlalu emosi akibat terpengaruh dengan provokasi di media sosial. Permohonan maaf secara peribadi berbentuk video juga diajukan kepada UAI,” tulisnya.

Redha Dengan Segala Cacian, Cuba Usaha Bertemu Dengan UAI

Menerusi hantaran tersebut juga, Dr Ahmad Najmee meluahkan rasa reda dengan segala caian dan makian yang diterima akibat daripada perbuatannya itu.

Malah, dia juga mendedahkan akan cuba berusaha bertemu dengan UAI dalam masa terdekat bagi memohon maaf sendiri kepada pendakwah berkenaan.

“Saya reda dengan segala cercaan dan makian atas keterlanjuran kata-kata saya. Saya tidak dapat mengharapkan kalian semua memaafkan saya tetapi saya mohon sedikit ihsan supaya memberi saya peluang kedua.

“Pertemuan dengan Mazuwan semalam telah membuka hati saya tentang keikhlasan UAI menyampaikan ilmu agama kepada semua dan tidak hairan kenapa UAI menjadi kesayangan kepada pecinta ilmu agama,” jelasnya.

Ambil Iktibar Dengan Apa Yang Terjadi

Dia turut menjadikan insiden ini sebagai pengajaran agar lebih berhati-hati dalam berkata-kata serta tidak berprasangka jahat kepada golongan seperti UAI.

Malah, dia juga turut memohon agar masyarakat tidak mengasari diri, keluarga serta kakitangan kliniknya atas insiden yang berlaku.

“Saya anggap segala apa yang saya hadapi ketika ini adalah kaffarah kepada dosa-dosa saya kerana tidak menghormati ilmuwan agama. Doakan agar saya dikurniakan taufiq dan hidayah.

“Kepada semua, tiada apa dapat saya lakukan untuk meredakan kemarahan kalian. Cuma saya mohon supaya diri saya, keluarga dan kakitangan klinik tidak dikasari atau dicederakan,” ujarnya.

Terdahulu, dakwaan yang dibuat oleh Dr Ahmad Najmee akhirnya memakan diri apabila dia menerima pelbagai kecaman termasuk ugutan memboikot kliniknya selepas dia didakwa mengeluarkan kenyataan UAI tidak mempunyai kelulusan dan tauliah untuk mengajar.

PERMOHONAN MAAF SECARA TERBUKA BUAT ALFADHIL USTAZ AZHAR IDRUS & KELUARGA Bismillahir rahman nirrahim Assalamualaikum…

Posted by Ahmad Najmee on Wednesday, 27 December 2023

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Tauliah Ajar Agama Islam, JHEAT Minta Ustaz Azhar Idrus Buat Permohonan

Baca Artikel Berkaitan: Kuliah Ustaz Azhar Idrus Batal Kerana Tiada Tauliah Mengajar Agama – JAIS

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.