fbpx
Now Reading
“Jangan Memandai” – UAI Jelaskan Anak Tak Boleh Bayar Zakat Fitrah Ibu Ayah Tanpa Minta Izin [Video]

“Jangan Memandai” – UAI Jelaskan Anak Tak Boleh Bayar Zakat Fitrah Ibu Ayah Tanpa Minta Izin [Video]

Menurut UAI, bagaimanapun seorang suami yang wajib membayar zakat terhadap isterinya tidak perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain berpuasa di siang hari, umat Islam juga diwajibkan untuk membayar zakat Fitrah sepanjang tempoh bulan Ramadan sehingga satu syawal.

Zakat Fitrah ialah zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Bayar Zakat sesuka hati terhadap individu lain hukumanya tidak sah

Pun begitu, pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI menjelaskan bahawa seseorang itu tidak boleh membayar zakat terhadap individu lain yang berkemampuan dengan sesuka hati.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @zack.d5, UAI berkata hukum seorang anak membayar zakat kepada ibu bapanya yang berkemampuan tanpa memberitahu terlebih dahulu juga tidak sah.

“Jangan memandai-mandai, orang yang ada kesenangan, orang yang wajib bayar sendiri tak boleh orang lain tolong bayarkan,” katanya.

Bantu bayar zakat jadi sah sekiranya dapat keizinan

Menurutnya, pembayaran zakat dari seorang anak mewakili ibu bapanya hanya akan menjadi sah sekiranya dia meminta kebenaran dan mendapat keizinan terlebih dahulu daripada mereka.

UAI berkata, perkara sama juga perlu dilakukan bagi seseorang yang tidak wajib membayar zakat terhadap individu itu namun berniat untuk membayarnya.

“Suami wajib bayar zakat isteri jadi tak perlu minta izin, tapi isteri yang ingin bantu bayar zakat suami tak boleh memandai-mandai, perlu minta izin dahulu sebab ia bukan kewajipannya,” jelas UAI lagi.

“Anak jiran baik sangat dengan kita, kita suka sangat dengan dia sebab hormat dan tegur kita, jadi kita pun bayar zakat Fitrah untuk dia, tidak sah kerana yang wajib ayah dia, mu (awak) kena minta izin dengan ayah dia,” katanya lagi.

Beliau menjelaskan tentang perkara itu selepas diajukan soalan sama ada boleh atau tidak anak membayar zakat Fitrah terhadap ibu bapanya semasa majlis Kulliyah Iftar Ramadan di Surau Haji Wan Ahmad Bukit Chatak 2, Dungun pada Selasa lalu (19 Mac).

@zack.d5

boleh ke kita byar zakat fitrah untuk org tua kita… #zakatfitrah #kuliahzohor #tazkirah #ustat #uai

♬ original sound – zackD – zackD

Kesimpulannya, seseorang itu boleh membayar zakat terhadap ibu bapanya mahupun orang disekeliling dengan syarat mendapat keizinan daripada tuan badan terlebih dahulu.

Kadar zakat Fitrah

Untuk info, kadar zakat Fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri, lapor Zakat Selangor.

Waktu menunaikan zakat Fitrah terbahagi kepada lima iaitu:

  1. Waktu Wajib: Apabila terbenam matahari akhir Ramadhan sehingga terbit matahari satu Syawal.
  2. Waktu Afdal: Sebelum sembahyang Hari Raya
  3. Waktu Sunat: Sepanjang bulan Ramadhan
  4. Waktu Makruh: Selepas sembahyang hari raya sehingga terbenam matahari satu Syawal.
  5. Waktu Haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Foto: Zakat Selangor
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.