Malam tadi, (14 Oktober) rakyat Malaysia digemparkan dengan satu insiden kemalangan maut yang melibatkan empat buah kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah selatan di Sedenak, Kulai, Johor.
Difahamkan kenderaan yang terlibat di dalam insiden maut itu adalah sebuah lori Isuzu, kereta Proton Wira, Proton Preve dan sebuah kenderaan dipercayai Toyota Vios.
Lebih meluluhkan hati apabila tular video memperlihatkan seorang lelaki iaitu pemandu Porotn Wira meraung tatkala menyaksikan sendiri si isteri tercinta terperangkap dalam kereta mereka yang sedang dijilat api.
“Yang, saya tidak tinggalkan awak yang, sumpah tak tinggalkan.
“Allah bini saya bang. Allahuakbar sayang. Allahuakbar,” teriak si suami.
Baca artikel berkaitan : “Awak Keluar Dulu” – Kata-Kata Terakhir Arwah Nazihah Kepada Suami
Dalam kejadian yang berlaku sekitar 7.45 malam itu, mangsa Nurul Nazihah Kamalul Arifin, 28, yang duduk di bahagian penumpang hadapan dikatakan tersepit manakala suaminya, Muhamad Redzuan dapat keluar dari kereta, lapor FMT dipetik dari RTM.
Lebih menyayat hati apabila tular di media sosial status dan video terakhir yang dikongsikan arwah Nurul Nazihah ketika sedang dalam perjalanan menemani suaminya untuk satu urusan kerja pada hari sama.
Menerusi video tersebut, pasangan yang baru sahaja pulang dari umrah ini sedang berada di dalam kereta mereka untuk menuju ke satu destinasi.
“Hari ini teman suami pergi appointment dengan pelanggan. Harap dipermudahkan urusan.
“Cukuplah Allah sebagai tempat berserah diri bagi kami, sebaik-baik pelindung dan sebaik baiknya penolong kami,” tulis Allahyarhamah di dalam video tersebut.
Apa yang lebih menyedihkan apabila pasangan ini baru sahaja menyambut hari ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-3 pada 30 Ogos lalu.
Malah lebih memilukan apabila arwah juga dipercayai baru sahaja menyambut hari kelahirannya yang ke-28 iaitu pada 15 September, yakni genap sebulan yang lalu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata dilihat sebak dengan perkongsian tersebut. Ramai yang turut mendoakan kesejahteraan roh Allahyarhamah dan ditempatkan bersama para Syuhada.
Dalam pada itu, kakak arwah, Umirah Arifin menerusi satu hantaran di Facebook memaklumkan jenazah dijangka dikebumikan di Kampung Batu 4, Kota Tinggi.
“Assalamualaikum. Jenazah adik saya masih di Hospital Kulai, InshaAllah esok (16 Oktober) dijangka 8-9 pagi kami warisnya akan bawa arwah Azie pulang dan jenazah akan dikebumikan di Kampung Batu 4, Kota Tinggi. Doakan segala urusan kami dipermudahkan, ribuan terima kasih untuk setiap doa-doa baik kalian. Al-fatihah.”
Sebagai info, selain Nurul Nazihah, terdapat seorang lagi mangsa yang turut rentung. Namun identiti dan jantina mangsa yang menaiki Toyota Vios itu masih belum dapat dikenal pasti.
Takziah kami ucapkan kepada keluarga mangsa yang terkorban. Inna Lillahi Wa iIna iIayhi Raji’un..
Baca artikel berkaitan :
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…