Aksi Abang JPAM Keluarkan Ular Dari Enjin Kereta Macam Tarik Tali Buat Ramai Terhibur [Video]

Di Malaysia, kejadian ular memasuki kediaman rumah atau enjin kereta bukanlah sesuatu yang asing lagi.

Artis seperti Aiman Tino juga pernah berhadapan dengan situasi yang sama apabila penyanyi itu terkejut melihat seekor ular sawa berada di bahagian enjin keretanya.

Namun harus diingatkan, jika terjadi perkara sebegini, anda mestilah menghubungi pihak berwajib seperti Bomba atau Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana ular merupakan haiwan yang berbahaya.

Anggota JPAM berusaha tarik ular keluar

Begitulah yang dilakukan seorang pemandu ini yang menghubungi JPAM sebaik menyedari bahawa terdapat seekor ular di bahagian enjin kenderaannya.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ceq86, kelihatan anggota JPAM sedang berusaha menarik ular berkenaan keluar dari enjin kereta.

@ceq86

Tarik tali❌ tarik ular✅

♬ original sound – ceq86 – ceq86

Tarik ular macam tarik tali

Lebih menghiburkan apabila anggota JPAM pada ketika itu dilihat seolah-olah menarik tali, walhal sedang mengeluarkan seekor ular.

Walau bagaimanapun, ular berkenaan telah berjaya dikeluarkan dengan penuh berhati-hati agar reptilia terbabit tidak terluka dan sakit.

Setakat artikel ini ditulis, video tular berdurasi 23 saat itu telah mendapat hampir 844,800 jumlah tontonan dan 12,000 tanda suka.

“Nasiblah ular tu tak memandu sekali” – Netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial terhibur melihat cara anggota itu mengeluarkan ular tersebut.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

51 mins ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

1 hour ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

2 hours ago
  • Trending

Pelanggan Terkejut Ada Katak Dalam Lemang [Video]

Menerusi video, pelanggan kelihatan seperti tidak mempercayai terdapat bangkai katak di dalam lemang yang baru…

2 hours ago
  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago