4 Tahun Kahwin Suami Tak Pernah Bagi Nafkah Yang Dapat Hanya Maki Hamun, Ramai Sokong Isteri Tuntut Fasakh

Buat para lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga, pemberian nafkah kepada isteri merupakan tanggungjawab dan ia wajib dilakukan.

Bagaimanapun, masih terdapat suami yang tidak mengambil endah soalan pemberian nafkah kepada isterinya. Lebih parah, apabila ada yang tidak pernah memberi sesen pun duit pada isterinya.

Suami tak bagi nafkah selama 4 tahun kahwin

Hal ini berikutan tular satu luahan seorang wanita yang mendakwa suaminya tidak pernah memberi nafkah walau sesen dengan alasan gaji seikit walapun sudah empat tahun berkahwin.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook Luahan hati seorang isteri, wanita tersebut mendendahkan bahawa dia tidak pernah menerima nafkah dari suaminya sejak mereka berkahwin.

Foto: Facebook/Luahan hati seorang isteri

Isteri dimaki apabila mintak nafkah

Lebih menyedihkan, wanita itu juga mendakwa pernah mendapat makian selepas cuba meminta nafkah dari suaminya itu.

“Saya dah 4 tahun kahwin, selama berkahwin ni suami tak pernah sekalipun bagi nafkah. Saya pernah mintak tapi dimakinya saya dengan alasan gaji tak cukup,” tulisnya.

Difahamkan, lelaki terbabit yang hanya menerima gaji RM2,000 termasuk upah OT telah menggunakan alasan tersebut untuk tidak memberi nafkah kepada isterinya.

Suami tak pernah beli barang keperluan rumah dan anak

Ujar wanita itu, suaminya juga tidak pernah membeli barang keperluan rumah dan anaknya, selain itu rumah sewa juga tidak pernah dibayar memandangkan dia dan suami tinggal di rumah pakciknya.

“Barang-barang dapur, susu, pampers anak pun dia tak beli. Rumah sewa pun tak bayar sebab saya duduk dengan pakcik saya. Saya ibarat menumpang dengan pakcik, nasib baik pakcik takda pun nak tanya pasal rumah sewa.”

Rasa macam pengemis, keluarga yang sering bantu

Tambah wanita itu, ibu dan abangnya selalu menolong dengan memberikan barang keperluan rumah sehingga dia berasa dirinya seakan pengemis.

“Saya macam pengemis mintak duit beli barang dapur, mak dan abang saya yang selalu tolong saya. Saya sampai stress dan give up dengan perkahwinan kami ni.”

Di akhir perkongsian, wanita tersebut  berkata dia sudah membuat keputusan untuk menuntut fasakh dan meminta orang ramai mendoakan urusannya berjalan lancar.

“Semoga dipermudahkan urusan” – Netizen

Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial menyokong tindakan wanita itu serta turut mendoakannya.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

13 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago