PRU15: Maszlee Malik Tampil Mohon Maaf Lepas Tular Insiden Dihalau Penduduk [Video]

Pejam celik kurang dari seminggu rakyat Malaysia bakal menunaikan tanggungjawab untuk mengundi bagi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15) yang bakal berlangsung pada 19 November ini.

Malah, kita juga dapat melihat calon yang mewakili parti-parti politik sedang giat berkempen seperti melawat penduduk, menyalurkan bantuan dan sebagainya untuk meraih undi dari masyarakat setempat.

Tular video Calon PH diminta beredar oleh penduduk

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan tindakan penduduk kampung yang marah dan tidak membenarkan calon Pakatan Harapan (PH) Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik untuk melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Utama Kampung Ithin Maarof, semalam (13 November).

Menerusi video tersebut, individu berkenaan turut bertanya apakah yang sudah dilakukan oleh calon itu sepanjang menjadi wakil rakyat di kawasan terbabit sebelum memintanya untuk beredar dari situ.

“Kita ada undang-undang, politik tak dibenarkan datang,” kata lelaki terbabit kepada Maszlee.

Terkilan apabila penerangannya tidak diterima oleh individu tersebut, Maszlee kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa layanan yang diberikan oleh lelaki itu sebagai ‘perangai UMNO’.

“Dah rakam? Inilah perangai UMNO. Rakyat kenal kita,” kata Maszlee di dalam video tersebut.

Perkongsian itu bagaimanapun telah membuatkan ramai tidak bersetuju apabila beliau menyifatkan apa yang dilakukan oleh individu terbabit sebagai perangai UMNO.

Tampil mohon maaf atas ketelanjurannya

Terbaharu, bekas Menteri Pendidikan itu tampil memohon maaf berhubung video tular tersebut di dalam satu hantaran di Twitter rasmi miliknya.

Jelasnya, beliau ketika itu mungkin berada dalam keadaan diprovokasi dan agak terkejut serta memberikan reaksi kurang baik apabila membuat generalisasi terhadap individu berkenaan.

Mengamalkan sikap profesional dan bergurau mesra semasa jumpa calon Barisan Nasional (BN)

“Bagi calon UMNO sendiri, Datuk Hasni semasa bertemu dengan saya sama ada di penamaan calon, di pasar malam kami bergurau mesra.

“Kami begitu profesional dan begitu juga jentera-jentera UMNO yang saya kenali, ramai di kalangan masyarakat Simpang Renggam,” jelasnya.

Mohon maaf jika kata-kata mengguris hati penyokong UMNO

Maszlee dalam masa sama turut memohon maaf jika kata-katanya mengguris hati penyokong UMNO apabila membuat generalisasi terhadap individu terbabit.

Katanya ia merupakan satu pengajaran untuk lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perkataan.

Beliau dalam masa sama berharap agar isu ini tidak berlaku lagi kepada mana-mana pihak.

“Kepada pihak PH sendiri saya juga menasihati agar kita tidak memberikan respon negatif seperti itu. Apa yang penting kita semua rakyat Malaysia, kita perlu hidup rukun, bersaudara dan kita masuk ke gelanggang demokrasi dengan profesional,” kata calon PH itu lagi.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago