Serangan Bom Di Turki, 6 Mati & 81 Cedera

Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh manakala 81 yang lain cedera selepas kejadian letupan bom yang menggegarkan kawasan tumpuan orang ramai di Istanbul, ibu kota Turki semalam (10 November).

Menurut laporan Malaysia Gazette yang memetik agensi, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan dalam satu kenyataan menyifatkan serangan bom tersebut adalah perbuatan keji dan ‘berbau keganasan’.

Difahamkan insiden mengemparkan itu berlaku di Istiklal Street di kawasan Dataran Taksim pada jam 4.20 petang waktu tempatan.

Serangan khianat, pelaku akan dihukum

Menurut Erdogan, kejadian letupan itu merupakan satu bentuk serangan khianat dan berjanji pihak yang melakukannya akan dihukum.

“Mereka yang terlibat akan dihukum sebagaimana yang sepatutnya,” katanya pada sidang akhbar sebelum berlepas ke Indonesia bagi menghadiri sidang kemuncak Kumpulan 20 (G20).

Suspek seorang wanita bersama dua lelaki

Tambahnya, menerusi maklumat awal yang diperolehi, suspek adalah seorang wanita bersama dua lelaki.

“Mungkin salah untuk mengenal pasti tragedi ini satu serangan pengganas tetapi risikan awal daripada gabenor menyatakan ia ‘berbau keganasan’,” katanya.

4 maut di tempat kejadian, 2 lagi meninggal dunia di hospital

Ujar Erdogan, empat orang mati di tempat kejadian dan dua lagi meninggal dunia di hospital ketika sedang dirawat.

Pada masa sama, Naib Presiden Turki, Fuat Oktay telah mengemas kini jumlah yang cedera kepada 81, dengan dua daripadanya dalam keadaan kritikal.

Terdahulu, tular video insiden terbabit di media sosial yang memaparkan letusan api dan bunyi dentuman kuat menyebabkan orang ramai bertempiaran lari.

Rakaman CCTV ketika letupan berlaku

Tular video selepas letupan

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

1 hour ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

3 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

4 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

7 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

7 hours ago