Pengguna Kad Visa Kini Boleh Guna Google Wallet Di Malaysia

Visa hari ini (15 November) telah melancarkan Google Wallet untuk pemegang kad Visa di Malaysia bagi kedua-dua peranti Android dan WearOS.

Visa dalam satu kenyataan berkata, pembelian sama ada di kedai fizikal, dalam talian atau di dalam aplikasi menggunakan Google Wallet kini tersedia untuk:

  • Pemegang Kad Kredit Visa Hong Leong Bank
  • Pemegang Kad Kredit/Debit Visa Public Bank

Bagaimana untuk mengaktifkannya?

Sama seperti penggunaan e-dompet yang lain, para pengguna hanya perlu menambahkan kad mereka ke dalam aplikasi Google Wallet dan ia akan tersedia untuk digunakan di mana sahaja lokasi yang menerima pembayaran tanpa sentuh Google Pay.

Tambah Visa lagi, servis sama akan turut tersedia untuk pemegang kad kredit HSBC dan HSBC Amanah dalam beberapa bulan lagi.

Pengguna Mastercard juga boleh guna Google Wallet

Apa yang menariknya, penggunaan Google Wallet juga kini tersedia untuk:

  • Pengguna Kad Kredit CIMB Bank Mastercard
  • Pengguna Kad Kredit/Debit Hong Leong Islamic Bank Mastercard

Servis sama juga akan tersedia untuk pengguna HSBC dan HSBC Amanah Mastercard tidak lama lagi.

Menurut Laporan Visa 2021 Consumer Payment Attitudes, kaedah pembayaran tanpa sentuh di Malaysia telah meningkat sebanyak 60%.

Tinjauan mereka turut mendapati 58% pengguna memilih menggunakan kaedah ini atas faktor keselamatan dan 53% sebagai kemudahan berbanding menggunakan kaedah tunai sejak berlakunya pandemik.

Pada tahun 2021 juga, Visa mendapati bahawa 70% daripada transaksi pembayaran adalah tanpa sentuh sekaligus membuktikan ia semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Pengarah Urusan Google Malaysia Marc Woo berkata, laporan e-Conomy SEA 2022 mendapati, pembayaran digital semakin popular dan dijangka mencecah hampir AS$200 bilion dalam nilai transaksi kasar di Malaysia menjelang 2025.

“Dengan Google Wallet, rakyat Malaysia boleh mengetik untuk membayar (tap to pay) di kedai atau membuat pembayaran dalam talian dengan lancar.

“Mereka juga boleh mengakses tiket penerbangan mereka dengan mudah apabila keluar untuk percutian akhir tahun. Google Wallet membantu memastikan segala-galanya dilindungi di satu tempat, tidak kira ke mana anda pergi,” katanya dalam satu kenyataan.

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

13 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

13 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

14 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

14 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

15 hours ago