Niat Nak Healing Sorang, Sekali Dapat Kata-Kata Semangat Dari Abang Grab Sampai Menangis [Video]

Lumrah kehidupan sebagai manusia, pasti akan ada naik dan turunnya. Perasaan dan emosi juga begitu, terkadang gembira, terkadang sedih.

Namun, semua perasaan itu tidak akan terjadi tanpa sebab, pasti akan ada sesuatu yang terjadi sehingga lahirnya perasaan atau emosi sebegitu.

Namun, semua perasaan itu tidak akan terjadi tanpa sebab, pasti akan ada sesuatu yang berlaku sehingga lahirnya perasaan atau emosi sebegitu.

Wanita dapat kata-kata semangat dari abang Grab

Begitulah yang terjadi pada seorang wanita ini apabila tular di media sosial video dia yang ingin mencari ketenangan secara tiba-tiba mendapat kata-kata semangat dari seorang pemandu Grab.

Menerusi satu perkongsian video di laman TikTok akaun @itsaly4a, wanita yang dikenali sebagai Alya itu sedang dalam perjalanan ke sebuah pusat beli belah seorang diri dengan menaiki Grab.

@itsaly4a

Cite dia, aku order grab nak pi mall sebab nak healing sorang sorang. So the reason why i record time ni, konon nak record acah healing la, pndang luar tingkap sambil nangis HAHAHAH ngok. Pastu abg grab nampak, and tnye “Kau ok tak” lpstu dia hulur tisu and dia ckp “aku nak kau tahu, kalau kau ada anything to share, aku ada and boleh dengar” So aku pun cerita knp aku sedih. Patu dia nasihat la. Tu yg meleleh leleh air mata sbb mata masuk habuk. Tebal woo habuk yang masuk, aduuu. Pastu masa malam nak balik tu, hujan lebatt! Patu tkde grab bole amik aku sbb kawasan yg aku nak lalu tu banjir wehh kat area alam budiman😭 Aku dh risau kene tidur kat setia city mall tu ha😭 Nasib baik Allah hantarkan sorg pakcik grab ni, dia tolong lalu jalan jauh utk sampai ke palam. So malam tu aku selamat sampai uni aku😂 Moral of the story, stay strong geng!! Takyah nak acah healing cm aku😂😂 Duduk je rumah, kang sangkut kt banjir tak pepasal😂😂 #healing #banjir

♬ Dia Yang Kau Pilih – Shahir

Ditegur abang Grab ketika sedang bersedih

Alya pada waktu itu sedang merakam dirinya yang sedang bersedih sebelum secara tiba-tiba ditegur oleh pemandu terbabit yang seolah-olah menyedari penumpangnya sedang dalam kesedihan.

“Cerita dia aku order grab nak pergi mall sebab nak healing sorang-sorang. Jadi sebab kenapa aku rakam masa ini konon nak acah healing lah pandang luar tingkap sambal nangis.

“Cerita dia aku order grab nak pergi mall sebab nak healing sorang-sorang. Jadi sebab kenapa aku rakam masa ini konon nak acah healing lah pandang luar tingkap sambil nangis.

“Lepastu abang grab nampak dan tanya ‘kau okay tak?’ pastu dia hulur tisu dan cakap ‘aku nak  kau tahu, kalau kau ada anything to share. Aku ada dan boleh dengar’ jadi aku cerita kenapa aku sedih,” tulisnya di kapsyen.

Menangis ketika diberi kata-kata semangat

Ketika sedang mendengar kata-kata semangat daripada pemandu grab terbabit, Alya merasa sebak hingga akhirnya mengalirkan air mata.

Di akhir perkongsian, Alya menasihati orang ramai agar tidak mengikuti cara yang dilakukannya lebih-lebih di saat cuaca di Malaysia yang tidak menentu

“So moral of the story, stay strong geng. Tak payah nak acah healing macam aku. Duduk je rumah, nanti sangkut banjir tak pasal-pasal,” tulisnya lagi.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemandu Grab terbabit yang memberikan kata-kata semangat pada wanita tersebut.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

19 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago