Di Malaysia, banyak pemilik kereta yang suka mengubahsuai kenderaan milik mereka agar kelihatan lebih cantik atau ‘sporty’.
Bagaimanapun, tidak semua modifikasi dibenarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atas faktor keselamatan jalan raya.
Namun begitu, masih ramai yang kurang cakna mengenai undang-undang modifikasi yang telah ditetapkan oleh JPJ hingga mengundang rasa tidak senang pengguna jalan raya yang lain.
Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna jalan raya ini apabila tular di media sosial gambar sebuag kereta Perodua Myvi yang menukar lampu isyarat (signal) belakangnya dari warna oren menjadi warna putih.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter akaun @emrhqm, lelaki yang dikenali sebagi Haqim itu meminta agar pemilik kereta tersebut menukar kembali warna lampu isyaratnya kepada yang asal.
“Bang, lampu signal (isyarat) tu elok tukar balik warna oren. Kalau kemalangan jangan salahkan orang lain. Nak main tukar lampu ni buat interior (dalaman) je dahla. Ada sebab lampu brek warna merah, signal oren,” tulisnya.
Difahamkan, tindakan pemandu terbabit menukar warna lampu isyaratnya menyebabkan pengguna jalan raya dari arah belakang menjadi sedikit keliru malah ia sukar dilihat dari jauh.
Perkongsian itu telah membawa kepada luahan pengguna jalan raya yang lain yang turut berkongsi rasa ketidakpuasan hati mereka mengenai sesetengah modifikasi kenderaan yang melampau.
Menurut seorang pengguna, dia yang ketika itu pergi ke tempat kerja pada waktu pagi hampir terlibat dalam kemalangan selepas menyangka lampu berwarna merah yang dilihatnya adalah lampu belakang kenderaan lain.
“Haritu pergi kerja dalam 6.45 pagi dan gelap sangat sebab hujan lebat, kemudian nampak kereta belah kanan pakai lampu ‘demon eyes’ warna merah. Ingatkan lampu belakang rupanya lampu depan, nasib baik tak pergi belah kanan tu, kalau tak memang dah berdentum (berlanggar),” tulisnya.
Meninjau di ruangan komen pula, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit yang mengubahsuai keretanya sehingga mengelirukan pengguna jalan raya yang lain.
Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…
Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…
Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.
Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.
Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…
Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…