PRU15: Ismail Sabri Dakwa Penipuan Pembangkang Di Media Sosial Pengaruhi Pengundi Muda

Penipuan yang dilakukan pihak pembangkang melalui media sosial perlu diambil serius kerana ia mampu mempengaruhi pengundi muda.

Itu dakwa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri ketika majlis ramah mesra bersana penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen, Pahang, semalam (16 November).

Menurut Ismail, jentera Barisan Nasional (BN) perlu lebih aktif menjawab dan menerangkan kepada pengundi muda segala dakwaan pembangkan selain menerangkan manifesto BN dalam waktu akhir kempen ini

“Jual produk yang baik, pasti orang terima” – Ismail Sabri

“Yang lebih penting menerangkan kepada rakyat terutama melibatkan manifesto yang saya sebutkan itu adalah sebahagian besar dalam Bajet 2023, maknanya kita jual produk yang baik pasti orang akan menerima kita.

“Saya sudah beritahu tidak perlu hendak serang peribadi sesiapa, yang penting mereka menerima kita dengan apa kita janjikan untuk mereka,” katanya.

Kenyataan itu diberikannya ketika majlis ramah mesra bersana penduduk Kampung Mengkarak Stesen di Dewan Mengkarak Stesen, Pahang semalam (16 November).

Golongan muda akan penyokong BN

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera percaya bahawa golongan muda akan menyokong pari gabungan tersebut mesikpun banyak pihak cuba mengelirukan mereka dengan pelbagai dakwaan tidak benar.

Tambahnya, dengan cara mendekati dan memberi penerangan serta menjawab segala isu kepada golongan muda, ia dapat memastikan mereka ini yakin dengan keupayaan BN.

Warga Twitter marah, PRU ketika banjir

Bagaimanapun, di laman Twitter, rata-rata rakyat Malaysia mengecam tindakan Ismail Sabri yang membubarkan Parlimen ketika negara sedang memasuki musim monsun yang akan mengakibatkan bencana banjir.

Hal ini kerana, sejak semalam tular di media sosial beberapa kawasan terutamanya di negeri Selangor yang sudah dinaiki air.

Ini membuktikan tidak semua perkara yang dibahaskan di media sosial adalah penipuan sebaliknya suara rakyat yang diketepikan.

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago