“Mungkin Berbeza Pandangan, Tapi Saya Tak Buat Perkara Mungkar”- Didakwa Tak Dapat Restu Ibu, Ini Respon Nik Omar

Berbaki dua hari sahaja lagi rakyat Malaysia akan menjalankan tanggungjawab untuk mengundi pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), pada 19 November ini.

Oleh itu, bagi calon yang bertanding pada PRU15 kali ini sudah tentu mereka memerlukan sokongan penuh dan restu dari sahabat seperjuangan, keluarga dan orang di sekelilingnya.

Ini kerana, sokongan dan restu yang diberikan menandakan kepercayaan yang diberikan oleh orang terdekat agar seseorang itu bersemangat dalam meneruskan perjuangan mereka untuk mendapatkan mandat rakyat.

Nik Omar tak dapat restu ibu bertanding atas tiket parti lain

Baru-baru ini, tular satu hantaran di media sosial dikongsikan oleh akaun FB rasmi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendakwa Nik Omar Nik Abdul Aziz yang bertanding sebagai calon Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat restu ibunya, Datin Hjh. Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Menerusi hantaran yang dimuat naik pada awal pagi Khamis (17 November), ibu kepada calon berkenaan memaklumkan dia tidak pernah merestui semua anaknya untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali atas tiket PAS.

Dah ajar dari kecil untuk kekal istiqamah

“Al-Marhum Tuan Guru dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal istiqamah dengan perjuangan Islam bersama parti PAS,” katanya dalam kenyataan itu.

Saya tak buat benda mungkar – Nik Omar

Dalam pada itu, Nik Omar menjelaskan beliau tidak pernah putus mendoakan Tuan Sabariah meskipun perjuangannya bersama PH tidak direstui ibunya itu.

Jelas Nik Omar, mereka hanya berbeza pendapat malah beliau tidak melakukan apa-apa kemungkaran

“Sehingga saat ini saya yakini saya tidak buat perkara yang mungkar, saya mungkin berbeza dari sudut pandangan dan ini bukan berkaitan dengan akidah, iman.

“Saya sebagai seorang anak macam mana pun sentiasa berdoa supaya Allah ampun dosa saya, sentiasa berdoa supaya Allah sentiasa merahmati ibu bapa saya,” jelasnya kepada FMT.

Tambah beliau lagi, meskipun tidak lagi bersama PAS namun beliau akan terus menegakkan syiar Islam dalam kepimpinan negara kerana percaya parti yang disertainya kini juga mempunyai misi untuk mendapatkan kepimpinan yang adil dan telus.

Untuk rekod, Nik Omar Aziz akan berdepan dengan tiga pencabar bagi merebut Parlimen Pasir Salak pada PRU15 ini, iaitu Zairol Hizam Zakaria mewakili Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Yahya dari Perikatan Nasional (PN) dan Khairul Azwan Harun bagi Barisan Nasional (BN).

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

8 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

1 day ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

1 day ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

1 day ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

1 day ago