Tidak Mahu Ada Rakyat Yang Terpinggir, Ini 8 Manifesto Uncle Kentang Jika Menang PRU15

Seperti yang telah diketahui ramai, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan berlangsung pada Sabtu ini (19 November).

Oleh itu, pelbagai parti dan calon yang bertanding sudah mula membentangkan manifesto yang ditawarkan oleh mereka sekiranya memenangi PRU15 ini.

Terbaharu, calon bebas Parlimen Puchong, Kuan Chee Heng yang lebih mesra dipanggil Uncle Kentang juga tidak ketinggalan apabila menawarkan manifestonya menerusi satu hantaran di laman Facebook.

Menerusi manifesto ‘tiada yang terpinggir’ itu, Uncle Kentang menyenaraikan lapan fokus utama sekiranya beliau memenangi PRU15 ini.

Berikut adalah lapan manifesto daripada Uncle Kentang:

#1 Kebajikan warga emas

Foto: Facebook/Kuan Chee Heng

Uncle Kentang tidak pernah melupakan kebajikan buat warga emas. Oleh itu, beliau akan memberi kemudahan dan perlindungan untuk melestarikan hidup sihat golongan tersebut dan menjaga baik kebajikan mereka menjelang Negara Usia Tua 2030.

#2 Kebajikan ibu tunggal

Selain warga emas, ibu tunggal juga tidak akan dipinggirkan apabila inisiatif calon bebas itu ingin menyediakan satu kumpulan peguam di bawah Badan Kehakiman untuk membantu kes-kes yang berkaitan nafkah dan pembahagian harta sepencarian.

Beliau cakna dengan isu golongan ini yang tidak berkemampuan untuk melantik peguam bagi menuntut nafkah anak-anak dan diri sendiri

#3 Pendidikan awal

Selain itu, Uncle Kentang juga ingin mewujudkan kelas-kelas tadika atau pra-sekolah percuma untuk anak-anak dari keluarga susah yang menekankan silibus siasah diri dan nilai-nilai hidup yang baik.

#4 Ambulans Rakyat

Foto: Facebook/Kuan Chee Heng

Seperti yang sudah ramai ketahui, Uncle Kentang sememangnya memilik ambulans khas bagi membantu golongan yang memerlukannya.

Namun kali ini ia akan mewujudkan dua pasukan ambulans di Serdang dan Seri Kembangan untuk mempercepatkan tempoh respon dalam kecemasan.

Ambulans ini juga akan digunakan bagi membantu pesakit terlantar yang tidak mampu membayar caj ambulan swasta untuk rawatan lanjut di hospital.

#5 Pusat rakyat

Mewujudkan dua pusat khidmat setempat iaitu di Serdang dan Taman Equine untuk kemudahan rakyat juga antara manifesto yang dikemukakan oleh Uncle Kentang.

Pusat Rakyat ini diketuai oleh dua calon bebas yang akan bertanding di PRN kelak. Maklumat peribadi mereka juga akan dikongsikan supaya rakyat dapat menilai kredibiliti individu terbabit sebelum dijadikan calon bebas.

#6 e-bantuan kenderaan

Mewujudkan satu aplikasi telefon bimbit yang berfungsi 24 jam dalam usaha memberi perlindungan dan bantuan kepada penunggang motosikal dan pemandu kenderaan. Bantuan ini antaranya adalah sebab kerosakan, kemalangan atau apa-apa kecemasan yang berlaku.

#7 e-bantuan kecemasan

Mewujudkan satu system sekuriti/perlindungan melalui satu Call Center 24 jam yang boleh membantu dalam masa kecemasan dan apabila perlu melalui satu aplikasi telefon bimbit.

#8 Bank makanan

Memperkasakan Bank Makanan sedia ada dan mewujudkan lima Bank Makanan tambahan di sekitar kawasan Parlimen Puchong.

Bank makanan ini akan ditempatkan di kawasan rumah ibadah terpilih seperti masjid, tokong, kuil dan gereja.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

KL Welness City Bangunkan Hospital 624 Katil, Umum Sumbangan RM2 Juta Bantu B40

Fasa pertama KLIH dijangka siap pada suku kedua 2026, dan bakal dibuka pada suku ketiga…

7 hours ago
  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago