Berang Pasukan Lawan Mara Ke Final, Penyokong Terengganu Serang Bas Pemain Selangor [Video]

Semalam (21 November) telah berlangsung perlawanan antara Selangor FC menentang Terengganu FC dengan agregat 3-2 di peringkat separuh akhir TM Piala Malaysia 2022.

Hasil dari kemenangan yang dimiliki oleh skuad Selangor FC itu secara tidak langsung melayakkan pasukan tersebut mara ke final untuk berjumpa Johor Darul Takzim (JDT) yang bakal berlangsung pada 26 November ini.

Sudah menjadi adat bertanding, setiap yang menang pasti akan ada pasukan yang terpaksa menerima kekalahan mereka.

Penyokong Terengganu FC bertindak agresif

Namun ada segelintir penyokong Terengganu FC yang mungkin tidak dapat menerima kekalahan itu sehingga bertindak agresif apabila tular video mereka menyerang bas pemain Selangor FC.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Mohd Aliff Shadiqin kelihatan penyokong Terengganu itu membaling sesuatu seperti botol, kon dan batu ke arah bas pemain Selangor FC ketika kenderaan itu sedang bergerak meninggalkan kawasan terbabit.

Malah dalam bas tersebut turut kedengaran suara kanak-kanak yang dipercayai anak kepada pemain pasukan bola sepak terbabit menangis ketakutan.

Dalam beberapa lagi hantaran yang dikongsi oleh pengguna di media sosial turut kelihatan jelas bahagian bas rosak kerana dibaling oleh penyokong itu.

Seramai 300 penyokong Terengganu FC berkumpul di laluan keluar penyokong Selangor FC

Dalam pada itu, pihak polis memaklumkan seramai 300 orang penyokong Terengganu FC telah mula berkumpul di kawasan gate C yang juga laluan keluar penyokong-penyokong Selangor FC.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa, memaklumkan bahawa demi menjaga keselamatan pihaknya telah mengiringi pemain Selangor FC untuk keluar dari kawasan berkenaan sebelum ia diserang.

“Tiba-tiba beberapa kumpulan telah melontarkan batu dan beberapa objek keras ke arah bas tersebut dan telah menyebabkan kerosakan pada bahagian cermin tingkap dan badan bas,” ujarnya.

Seorang lelaki ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 427

Jelasnya lagi seorang individu lelaki yang berasal dari Manik, Terengganu turut ditahan dan laporan polis telah dibuat oleh pihak pengurusan Selangor FC.

Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

“Pihak polis memberi amaran dan peringatan kepada penyokong-penyokong untuk tidak menjadikan arena sukan ini sebagai satu tempat untuk mengganggu gugat ketenteraman awam dan pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang terlibat.”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

1 day ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago