Ismail Sabri Sahkan Dewan Tertinggi BN Tidak Sokong PH Atau PN, Bersetuju Kekal Pembangkang

Umum pasti mengetahui Kerajaan Persekutuan masih lagi tidak dapat dibentuk selepas Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) gagal mendapat kerusi majoriti di Parlimen.

Ia menjadi lebih rumit apabila kedua-dua gabungan ini perlu mendapat sokongan majoriti mudah sokongan 112 Ahli Parlimen yang terdiri dari pakatan mereka termasuk pakatan lawan khususnya Barisan Nasional bagi membentuk kerajaan yang sah.

Ismail Sabri sahkan BN kekal pembangkang, tidak sokong PH atau PN

Terbaharu, Perdana Menteri Sementara Datuk Ismail Sabri Yaakob mengesahkan BN telah membuat keputusan tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.

Malah beliau berkata, mesyuarat Dewan Tertinggi BN turut bersetuju untuk mengekalkan status mereka sebagai pembangkang.

“Alhamdulillah, Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

“BN tidak menyokong Pakatan Harapan (PH) mahupun Perikatan Nasional (PN). Setakat ini BN bersetuju kekal sebagai pembangkang,” ciap Naib Presiden UMNO itu ringkas.

Umno cadang fungsi kerajaan sementara diketuai Ismail Sabri diteruskan

Terdahulu Berita Harian melaporkan, kesemua 30 Ahli Parlimen (MP) BN hampir mencapai kata sepakat untuk tidak menamakan mana-mana nama baik pemimpin daripada PH mahupun PN sebagai calon Perdana Menteri.

Sebaliknya, parti ini bersetuju mempersembah cadangan kepada Yang di-Pertuan Agong hari ini supaya fungsi kerajaan sementara yang sedang berjalan, diteruskan dalam satu tempoh tertentu sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk kelak.

Menurut sumber, kesemua MP BN dijadual menandatangani satu akaun bersumpah (SD) pada pagi Selasa (22 November) bagi menzahirkan cadangan itu untuk dipersembah kepada Agong sebelum jam 2 petang ini.

Tambahnya, kesepakatan itu diambil memandangkan BN tidak mempunyai jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selain peka dengan suasana politik semasa yang memerlukan sebuah kerajaan sementara demi menjamin kelancaran urusan Parlimen dan pentadbiran kerajaan.

“BN tak boleh menawarkan sebarang rundingan dengan mana-mana gabungan membentuk kerajaan. BN parti yang kalah dan bilangannya kecil. Gabungan yang menang seharusnya berunding mencari jumlah sokongan dari parti lain untuk bentuk kerajaan,” katanya.

Mengulas mengenai tempoh masa ditetapkan dalam SD bagi meneruskan cadangan fungsi kerajaan sementara, sumber memaklumkan ia sebaik-baiknya diteruskan sehingga sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Semalam, Timbalan Presiden Barisan Nasional, mencadangkan supaya PN dan PH bergabung membentuk kerajaan selepas dua parti itu memperoleh bilangan Ahli Parlimen tertinggi.

Ini jelas beliau kerana BN kini tiada kuasa untuk menubuhkan kerajaan kerana hanya mendapat 30 kerusi parlimen – kekalahan terburuk yang pernah dialami gabungan itu sejak penubuhannya.

Baca artikel berkaitan :

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

26 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

1 hour ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

5 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

6 hours ago