https://www.buzzkini.com/trending/2022/11/21/agong-perkenan-proses-pencalonan-pm-dilanjutkan-selasa-2-petang/ Dulu Lantang Enggan PH Bergabung Dengan UMNO, Rafizi Buat U-Turn? | BuzzKini

Dulu Lantang Enggan PH Bergabung Dengan UMNO, Rafizi Buat U-Turn?

Tindakan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli yang terus mendiamkan diri mengenai cadangan penggabungan Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) dalam membentuk kerajaan campuran menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan masyarakat.

Hal ini susulan sejak semalam (21 November), tular di media sosial mengenai satu perjumpaan ‘rahsia’ di antara pimpinan tertinggi kedua-dua parti gabungan tersebut di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.

Baca artikel berkaitan: PRU15: Pemimpin PH & BN Buat Rundingan Secara Tertutup Di Hotel Seri Pacific [Dikemaskini]

Rafizi turut hadir di perjumpaan ‘rahsia’

Lebih mengejutkan, apabila kelihatan juga Rafizi serta beberapa pemimpin tertinggi PH yang turut berada di dalam gambar tular tersebut seakan sedang berbincang bersama pimpinan tertinggi BN.

Rafizi akan tentang jika PH bekerjasama dengan UMNO

Manakan tidak, sebelum ini media melaporkan Ahli Parlimen Pandan itu antara orang yang paling lantang bersuara serta membantah cadangan supaya PH bergabung dengan BN dan UMNO.

Menurutnya, beliau akan menjadi orang pertama yang menentang kerjasama antara PH dan UMNO jika parti gabungannya itu gagal memperoleh majoriti mudah atau 112 kerusi Parlimen.

Baca artikel berkaitan: PRU15: Keputusan Penuh Undian Pilihan Raya Umum ke-15

Terdahulu, Rafizi dalam sidang mediannya juga menyatakan bahawa penyokong dan pengundi PH tak perlu bimbang kerana beliau tidak akan menerima jika berlaku rundingan antara kedua-dua parti untuk bergabung selepas PRU15.

Baca artikel berkaitan:

Recent Posts

  • Trending

“Ganggu Pelajaran Ke?” – Isu Rambut Panjang Murid Sekolah Jadi Pertikaian, Ini Respon Netizen [Video]

Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…

2 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Rosakkan Organ Dalaman, Doktor Perjelas Jenis Melecur Tahap 4 Seperti Yang Dialami Faisal Halim [Video]

Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…

2 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Selalu Ingat Anak” – Aeril Zafril Tidak Akan Duakan Wawa Zainal [Video]

Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…

2 hours ago
  • Trending

DarSA Fried Chicken Mohon Maaf Selepas Komen ‘Type-C’ Cetus Perdebatan

Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.

3 hours ago
  • Trending

Wanita Sebak, ‘Bibik’ Sanggup Tukar Duit Rupiah Ke MYR Semata-mata Nak Belanja Makan [Video]

Menurut wanita itu, dia bagaimanapun tidak sampai hati membiarkan pembantu rumahnya itu menghabiskan wang membelanja…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Pokok Tumbang Di Jalan Sultan Ismail, Hempap Landasan Monorel [Video]

Pihak Rapid yang mengesahkan insiden turut memaklumkan perhidmanan monorel mengalami kelewatan dan laluan di antara…

4 hours ago