Berdepan lelaki gila seks pasti menjadi satu mimpi ngeri buat semua wanita. Keadaan akan menjadi lebih mencemaskan jika ianya berlaku pada kanak-kanak bawah umur.
Itu yang berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 11 tahun di Putrajaya apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang individu tidak dikenali sewaktu berada di dalam lif untuk pulang ke rumahnya.
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang lelaki @NarshAli meminta bantuan orang ramai untuk mengesan lelaki gila seks tersebut yang telah meraba dan mencium anak saudara sahabatnya sewaktu mereka berdua menaiki lif yang sama.
Difahamkan, kanak-kanak tersebut sebelum itu keluar ke kedai untuk membeli ubat-ubatan untuk ahli keluarganya yang demam sebelum terserempak dengan lelaki berkenaan di luar lif.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) yang dikongsikan, hanya dia dan pelaku sahaja yang berada di dalam lif pada waktu kejadian.
Semakan kami pada bebenang mendapati tiada rakaman lain yang dikongsikan memandangkan kediaman berkenaan hanya menyediakan kamera sekuriti di kawasan terbabit.
Usaha orang ramai berkongsikan video berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila pelaku akhirnya berjaya dikesan dan diberkas polis.
Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz, laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada Khamis (24 November).
“Mangsa memberitahu ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan, dia telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek lelaki.
“Suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta,” kata beliau dipetik dari Astro Awani.
Tambah beliau, siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.
“Bertindak hasil maklumat, remaja lelaki terbabit berjaya diberkas di Pasar Kajang pada petang Khamis.
“Reman akan dipohon esok (25 November) untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan,” katanya lagi.
Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…
Pihak polis juga kini sedang giat mengesan suspek yang memecahkan cermin kereta pemain skuad Harimau…
Menerusi video yang tular, seorang guru dilihat memotong rambut panjang milik seorang murid lelaki di…
Menurut Dr Alpha Zaki individu yang mengalami melecur tahap empat akan terkena pada otot, tulang…
Bagi Aeril, isterinya itu sudah cukup cantik dan sempurna di matanya hingga tiada sebab untuk…
Pihak DarSA Fried Chicken mendakwa kesilapan yang dilakukan adalah tidak disengajakan.