Data 500 Juta Pengguna WhatsApp Termasuk 11.6 Juta Di Malaysia Didakwa Dijual Secara Online

Isu kebocoran dan penjualan data peribadi orang ramai termasuk rakyat Malaysia secara dalam talian bukanlah satu perkara baharu.

Malah di negara kita sekurang-kurangnya setahun sekali pasti ada sahaja dakwaan yang tular di media sosial mengaitkan data peribadi rakyat Malaysia yang ditawarkan di forum pasaran pangkalan data.

Terbaharu Cybernews melaporkan lebih 500 juta data pengguna platform WhatsApp yang kini terdedah dan sedia dijual secara dalam talian sejak 16 November lalu.

Data 11.6 juta pengguna WhatsApp Malaysia turut tersenarai

Seperti yang dijangka, data jutaan pengguna WhatsApp di Malaysia turut tersenarai di dalam tawaran jualan tersebut.

Memetik laporan Lowyat.net, sekurang-kurangnya terdapat 11.6 juta data pengguna tempatan yang dipercayai menjadi mangsa menjadikan Malaysia berada di tempat ke-12 tertinggi di antara 84 negara terlibat.

Mesir, Itali dan Amerika Syarikat dilihat mendahului senarai di tempat pertama, kedua dan ketiga diikuti pengguna di Arab Saudi dan juga Perancis.

Foto : Cybernews

Namun angka ini dilihat bertambah apabila terdapat satu lagi set berbeza yang turut ditawarkan menjadikan data keseluruhan yang dijual adalah 1.5 bilion di mana 21 juta darinya merupakan pengguna dari Malaysia.

Bagi membuktikan kata-katanya, penjual tersebut turut berkongsi beberapa nombor pengguna di United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) kepada Cybernews yang kemudiannya disahkan adakah milik pengguna WhatsApp.

Penjual ini bagaimanapun tidak menyatakan dari manakah dia berjaya mendapat kesemua data-data berkenaaan.

Namun pihak Cybernews menjangkakan ianya menggunakan teknik ‘scraping’ yang sememangnya adalah menyalahi syarat perkhidmatan WhatsApp.

Recent Posts

  • Trending

Ramai Puji Tindakan 4 Pemuda Sanggup Berbasahan Dalam Hujan Demi Majlis Ilmu [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan empat individu berkenaan masih setia duduk di hadapan pentas meskipun terpaksa…

20 mins ago
  • Trending

Kalau Dah Namanya Rezeki, Menantu Dapat Hadiah Gelang Emas Daripada Ibu Mentua [Video]

Difahamkan, selain wanita berkenaan, ibu mentuanya turut menghadiahkan gelang emas itu kepada semua menantunya.

27 mins ago
  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

3 hours ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

4 hours ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

4 hours ago