Tular Maya Karin Terkena ‘Panic Attack’ Di FFM32, Ini 10 Tanda & Langkah Berdepan Detik Cemas

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial yang memaparkan keadaan pelakon terkenal, Maya Karin ketika sedang menyampaikan Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem ke-32.

Menerusi video tersebut, kelihatan aktres berkenaan terketar-ketar ketika diserang ‘panic attack’ dan meminta izin untuk membuka kasutnya sebelum mengumumkan senarai calon-calon bagi ketegori tersebut.

PHM puji tindakan Maya Karin tangani serangan ‘panic attack’

Perkara itu secara tidak langsung turut mendapat pujian dari pihak Public Health Malaysia (PHM) yang mengucapkan tahniah kepada aktres berkenaan kerana berjaya menangani serangan tersebut dengan baik.

Malah keberadaan pelakon Faizal Hussein yang berada di sisinya ketika itu turut membantu Maya untuk melakukan teknik grounding bagi meredakan situasi.

Tanggal kasut salah satu cara grounding

Jelas PHM, kasut yang ditanggalkan oleh pelakon berkenaan adalah salah satu cara untuk grounding selain mengambil nafas (deep breathing).

“Grounding adalah cara yang berkesan untuk menenangkan kebimbangan semasa serangan panik.

“Dalam proses ini, anda mengenal pasti objek di sekeliling anda untuk membantuk otak anda mengenali di mana anda berada.

“Ini mewujudkan rasa selesa kerana anda tahu di mana anda berada dan anda berasa lebih mengawal keadaan,” katanya dalam Facebook.

Menurutnya lagi, hanya yang mengalami masalah tersebut yang akan memahami situasi yang dialami oleh pelakon itu. Sekiranya ia tidak ditangani dengan baik, serangan panik boleh menjadi lebih teruk hingga menyebabkan seseorang itu pitam.

10 gejala serangan panik

Menerusi hantaran itu juga, PHM turut menyenaraikan 10 gejala serangan panik seperti:

  • Tangan kebas
  • Sesak nafas
  • Sakit dada
  • Debar-debar
  • Rasa macam perkara buruk akan berlaku
  • Berpeluh
  • Rasa tak terkawal
  • Telinga berdesing
  • Rasa penat
  • Rasa nak pengsan atau loya

5 perkara untuk cegah serangan anxiety

Namun adakalanya serangan anxiety hadir tanpa dapat dijangka oleh seseorang dan terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengawal keadaan tersebut.

Antaranya adalah bernafas dengan menggunakan hidung dan lepaskan secara perlahan-lahan menerusi mulut. Anda juga boleh tingkatkan kesedaran dengan menyedari perkara yang ada di sekeliling anda seperti:

  • Objek yang boleh anda lihat.
  • Objek yang boleh disentuh.
  • Bunyi yang boleh anda dengar.
  • Bau yang boleh anda hidu.
  • Emosi yang boleh anda rasai.

Perkara ini merupakan teknik ‘grounding’ yang dapat membantu seseorang yang berfikir terlalu jauh dan hilang kawalan.

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

2 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

2 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

2 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

2 days ago