Tular Isu Makanan Halal Di Luar Negara, Lelaki Ini Tampil Perjelas Apa Maksud ‘Halal’ Yang Sebenar

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila terdapat seorang influencer, Khairul Aming yang berkongsi kisahnya ketika mengembara ke sebuah negara Eropah iaitu Paris.

Bukan hanya berkongsi tempat yang dilawati tetapi Khairul Aming turut menunjukan beberapa jenis makanan yang dicuba olehnya ketika berada di sana.

Perkara itu secara tidak langsung telah menimbulkan persoalan kepada segelintir netizen yang menyoal adakah makanan yang dimakan oleh influencer tersebut halal atau tidak.

Lelaki ini perjelas apa maksud halal

Susulan itu seorang pengguna Twitter, Ezzat Ezzudin yang juga mempunyai pendidikan dalam bidang tulen syariah telah menjelaskan tentang apakah yang dimaksudkan dengan halal agar ia difahami oleh mereka yang keliru.

Menurutnya, memang benar seseorang yang bergelar Muslim itu dituntut untuk mendapatkan makanan dari sumber yang halal dan selari dengan dalil yang tulis di dalam al-Quran dan hadith (riwayat Al-Bukhari: 52).

Fahami maksud sebenar halal

Foto: Ini adalah bukan makanan di Malaysia – Siti Murni /TRP

Namun, ia perlu difahami bahawa maksud sebenar bagi halal adalah segala proses penyediaan makanan atau produk adalah berpandukan syarak, termasuklah bahan yang digunakan hendaklah bersih serta suci.

“Halal tidaklah bermaksud sesuatu makanan atau produk tersebut harus memliki ‘logo halal’ JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan badan yang seumpama dengannya.

“Logo halal yang sering kita lihat adalah satu kaedah atau bukti dari autoriti untuk sahkan bahawa produk tersebut mematuhi garis panduan halal, di samping membantu meningkatkan keyakinan kita untuk menggunakan produk berkenaan,” jelasnya.

Produk yang tak mempunyai logo halal tak semestinya haram

Foto: Ini adalah bukan makanan di Malaysia – Siti Murni /TRP

Katanya lagi, sekiranya sesuatu produk itu tidak mempunyai tanda halal tidak bermaksud ia haram dan tidak boleh digunakan langsung.

Malah dalam kaedah fiqh halal dan haram yang melibatkan apa sahaja produk baik makanan, minuman, kecantikkan dan lain-lain prinsip asal hukum bagi sesuatu itu adalah harus selagi ia tidak dibuktikan sebagai haram.

Oleh itu, sekiranya seorang itu yakin dengan produk dan proses bagi sesuatu produk itu maka hukumnya harus dan boleh digunakan serta ia tidak menjadi masalah.

“Namun prinsip halal dan haram juga menegaskan bahawa sebarang keraguan atau syak yang timbul dalam diri terhadap status produk berkenaan hingga menyebabkan tidak senang hati maka hendaklah menghindarinya dengan serta merta.

“Kefahaman yang baik bagi perkara ini adalah sangat penting kepada semua individu Muslim, khususnya ketika melancong ke negara bukan majoriti Muslim,” katanya lagi.

Harap apa yang dikongsi dapat bantu jawab kekeliruan segelintir pihak

Foto: Ini adalah bukan makanan di Malaysia – Siti Murni /TRP

Jelasnya isu seperti ini sebenarnya sudah seringkali berlaku dan berharap apa yang dikongsikan olehnya ini dapat membantu segelintir masyarakat yang keliru atau sangsi.

Dia turut menegaskan bahawa orang ramai tidak perlu risau dengan apa yang dijelaskan kerana dia seorang yang berpendidikan tulen dan rasmi dalam aliran Syariah Muamalat dan bekerja dalam bidang yang sama.

“Saya sangat gembira jika ada peluang untuk berbincang secara ilmiah berkaitan fiqh dan syariah ini.

“Satu lagi, tak salah kalau nak tanya halal ke haram ke atau sebagainya, tapi tanyalah dengan penuh adab. Tiada tuntutan sebarang kos untuk seseorang menjadi beradab.”

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

2 days ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

3 days ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

3 days ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

3 days ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

3 days ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

3 days ago