“Saya Selamanya Berhutang..” – Safawi Rashid Ucap Terima Kasih Pada TMJ & JDT

Seperti yang ramai ketahui, pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rashid bakal berpindah ke kelab Thailand, Ratchaburi Mitr Phol FC bagi liga musim hadapan.

Perpindahan tersebut bukanlah bersifat kekal, namun ia hanyalah pinjaman daripada JDT kepada kelab tersebut.

Safawi seolah bagi bayangan akan tinggalkan JDT

Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial hantaran yang dimuat naik oleh Safawi di laman Instagram miliknya yang seolah-olah memberi bayangan bahawa beliau akan meninggalkan JDT.

Dalam hantarannya itu, Safawi turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada kelab JDT dan pemiliknya, Tunku Ismail Idris Ibni Sultan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai TMJ.

“Terima kasih @officialjohor (JDT). Ini adalah hari yang penuh emosi bagi saya. Saya selamanya berhutang atas apa yang @hrhcrownprinceofjohor (TMJ) telah lakukan untuk saya dalam kerjaya saya.

“Terima kasih kerana sentiasa menasihati saya dan mahukan yang terbaik untuk kerjaya saya. Kenangan terbaik saya dalam bola sepak adalah bersama kelab yang menakjubkan ini. Sudah tiba masanya untuk cabaran baharu. Ini bukan selamat tinggal. Jumpa lagi,” tulisnya.

Namun, kemas kini kami mendapati hantaran tersebut telah dipadam oleh Safawi tanpa diketahui sebabnya.

Safawi lebih kerap panaskan bangku simpanan & menjadi pemain tengah

Liga bola sepak pada musim ini bukanlah yang terbaik buat Safawi apabila beliau lebih banyak menghabiskan masa duduk di bangku simpanan.

Malah beliau terpaksa diturunkan sebagai pemain tengah kerana persaingan yang cukup sengit untuk memenuhi posisi sayap kanan yang lebih kerap diisi oleh Arif Aiman.

Selain itu, Safawi pernah mengejutkan ramai peminat bola sepak apabila sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa beliau mahu beraksi dengan lebih kerap untuk memperoleh lebih banyak minit permainan.

JDT setuju pinjamkan Safawi dan Moussa Sidibé kepada kelab Thailand

Terdahulu, Pengarah Teknikal JDT, Hector Bidoglio mengatakan bahawa pihak kelab bersetuju untuk meminjamkan Safawi dan seorang lagi pemain import, Moussa Sidibé ke kelab Thailand bagi menghadapi saingan liga musim 2022/2023.

Recent Posts

  • Trending

Perodua Ativa Kantoi Ikut Belakang Peronda Polis Untuk Elak Trafik [Video]

Menerusi video, turut kelihatan Perodua Ativa itu mengekori kereta peronda sewaktu jalan sesak sebelum ditegur…

31 mins ago
  • Trending

“Harap Ayah Happy” – Bapa Terharu Si Anak Hadiahkan Motosikal Jenis Honda Vario [Video]

Menerusi video tersebut, meskipun gembira menerima hadiah namun masih kelihatan si bapa seperti bimbang pemberian…

2 days ago
  • Trending

Lelaki Dakwa Puluhan Kereta Tersadai Di Highway Karak, Gara-gara Paku Atas Jalan [Video]

Dalam satu lagi video berasingan yang dikongsikan Mohd Faiz, dia mendakwa bahawa kesemua kereta tersebut…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Tiada Duta Tempatan” – Dikritik Selepas Ruhainies Tag Gambar Di IG, Godiva Tampil Beri Penjelasan

Penafian tersebut dilakukan Godiva Malaysia, selepas orang ramai mendakwa syarikat berkenaan mengambil Ruhainies sebagai duta…

2 days ago
  • Trending

Perlu Beli Barang Lain Jika Nak Beli 2 Paket Minyak Masak, KPDN Perak Serbu Kedai Runcit [Video]

Menurut Timbalan Menteri KPDN, Fuziah Salleh melakukan jualan bersyarat adalah satu kesalahan di bawah Akta…

2 days ago
  • News
  • Trending

Menteri Besar Perlis Tak Ditahan, Hanya Dipanggil SPRM Untuk Beri Keterangan

Sebelum ini, media melaporkan MB Perlis ditahan SPRM selepas hadir untuk memberi keterangan kepada pihak…

2 days ago