“Jumpa Dekat Akhirat”- Kecewa Didakwa Buat Pembedahan Kosmetik, Zarina Zainuddin Jelas Hal Sebenar [Video]

Isu selebriti dikatakan membuat pembedahan wajah seperti hidung merupakan salah satu perkara yang sering dibangkitkan di kalangan netizen.

Malah apa yang lebih membuatkan ramai selebriti geram adakalanya perkara tersebut adalah tidak benar namun sikap masyarakat yang suka membuat spekulasi telah membuatkan berita tidak sahih itu terus tular di kalangan orang ramai.

Berang dengan dakwaan netizen kata buat hidung

Hal ini samalah seperti apa yang terjadi kepada pelakon Zarina Zainuddin yang berang dengan tindakan netizen yang mendakwa dirinya telah melakukan pembedahan untuk membuat hidung.

Difahamkan perkara itu mula menjadi bualan hangat di kalangan orang ramai selepas pelakon berkenaan tampil untuk mempromosikan festival makanan di Singapura pada baru-baru ini.

Alami masalah resdung dan migraine yang teruk

Susulan daripada pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepadanya, Zarina tampil menerusi satu video di Instagram bagi menjelaskan keadaan yang sebenar.

Katanya, dia telah membaca pelbagai komen yang diberikan oleh orang ramai yang jelas tidak mengetahui tentang keadaan dirinya tetapi sudah menuduh dengan bermacam-macam tohmahan.

“Saya sebenarnya ada masalah sinus (resdung) yang teruk dan juga migraine sampai kadang saya rasa nak buka tudung je sebab sakit sangat kepala sampai nak hantuk ke dinding. Jadi saya dah jumpa doktor dan sudah buat pembedahan serta keluarkan bendalir yang dekat sini (di bahagian pipi).

“Jika dilihat nampak ia ada kesan dekat sini, jadi hidung saya ni dia dah buka dan buang. Ingat saya nak hidung macam ni ke? Hidung saya dah cantik dah dulu,” katanya dalam video tersebut.

Terlalu sakit hingga terpaksa buat pembedahan

Ujarnya, masalah sinus (resdung) yang dihadapi ini turut membuatkan dia mengalami sakit kepala sehingga tidak boleh bercakap dan rasa seperti .

Maka pembedahan itu dilakukan adalah bagi tujuan perubatan selain turut menegaskan orang ramai yang tidak mengetahui hal sebenar agar tidak memberikan komen sesuka hati.

“Yang tidak tahu menahu jangan komen sesuka hati ya, jangan sesuka hati, yang komen tu jumpa aku dekat akhirat nanti. Jangan sesuka hati ya,” jelasnya.

Aktres itu dalam masa sama turut menunjukan beberapa kawasan yang dikatakan masih lagi bengkak dan perlu bersabar untuk menunggu ia sembuh sepenuhnya.

Anak lelaki turut hadapi masalah yang sama

Menerusi kapsyen, Zarina juga memaklumkan bahawa masalah yang sama turut dihadapi oleh anak lelakinya, Azal namun tidak sanggup untuk melakukan pembedahan dan hanya memakan ubat sahaja.

“Saya terima keadaan diri saya begini dan jika anda sayangkan saya tolong doakan saya.. sedapnya cakap hati orang terluka korang boleh ketawa ya.”

Melihat di ruangan komen, ramai termasuk selebriti yang bersimpati dengan perkara yang menimpa pelakon berkenaan selain turut mendoakan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sebelum ini.

‘Kakak semoga cepat sembuh’

‘Usaha layan mereka tu semua’

‘Faham sangat sis.. saya pun ada sinus teruk, dan tulang hidung bengkok..’

Recent Posts

  • Gaya Hidup
  • Trending

Amanie Academy Perkenal 2 Platform AI Baru, Inovasi Baru Dalam Pendidikan & Kewangan Islam

Dua platform AI yang diperkenalkan ini, Raida.AI dan AIFA.AI, menunjukkan tekad Amanie Academy terhadap inovasi…

23 hours ago
  • Trending

“Besar Pahala Dia” – Tindakan Mutawif Gigih Pimpin Jemaah Buta Ke Depan Kaabah Raih Pujian [Video]

Seorang mutawif telah membantu perjalanan jemaah umrah buta di Masjidil Haram untuk menuju ke Kaabah.

1 day ago
  • News
  • Trending

Tiada Kasino Akan Dibuka & Beroperasi Di Forest City – MB Johor

Jelas MB Johor itu lagi, Agong juga telah bertitah bahawa baginda tidak akan membenarkan mana-mana…

1 day ago
  • Trending

Ramai Sokong Kelantan Miliki Paling Ramai Lelaki Kacak, Kedah Pula Kelakar

Menurut kebanyakan komen, lelaki Kelantan dilihat lebih kacak kerana kebanyakan mereka mempunyai kacukan darah Melayu-Siam.

1 day ago
  • Trending

“Ini Baru Cantik”- Ramai Puji Aisar Khaled Bantu Bersih & Cantikkan Rumah Warga Emas [Video]

Menerusi video berkenaan, kelihatan warga emas itu sangat teruja sebaik melihat rumahnya kembali cantik dan…

1 day ago
  • News
  • Trending

Lelaki Rempuh Kereta Kerana Berang Pasangan Kekasih Bertengkar

Menerusi video turut kelihatan kereta berwarna putih berkenaan meluru laju melanggar kenderaan berwarna hitam sebaik…

1 day ago