“Kerja Kerajaan Rupanya”- Ramai Terhibur Lihat Kucing Jadi Bahan Tarikan ‘Pancing’ Si Kecil Bergambar [Video]

Mempunyai anak yang sedang membesar terutamanya dalam lingkungan usia satu ke enam tahun merupakan satu fasa yang mencabar buat ibu bapa.

Mana tidaknya, ketika fasa inilah mereka sedang lasak dan sibuk meneroka dunia mereka.

Adakalanya mahu menangkap gambar seisi keluarga juga sukar kerana mereka sibuk mahu bermain, sehingga terpaksa meminta sesiapa untuk mengalihkan perhatian dengan membuat aksi atau mainan.

Ibu guna kucing untuk tangkap gambar pasport anak

Perkara ini samalah seperti video yang tular di TikTok ini apabila si ibu terpaksa menggunakan kucing untuk menangkap gambar anaknya.

Menerusi video dikongsikan oleh Tatyddas kelihatan seorang wanita sedang dalam proses menangkap gambar potret anaknya dipercayai untuk membuat pasport di sebuah kaunter perkhidmatan Jabatan Imigresen.

Kemudian kelihatan si ibu memegang seekor kucing berwarna hitam ke arah kamera sambil merangkul anaknya agar dia melihat tepat ke arah lensa.

Bapa turut tunjuk video untuk tarik perhatian anak

Malah turut kelihatan seorang lelaki yang mungkin bapa kepada kanak-kanak berkenaan turut menunjukkan video pada telefonnya sebagai usaha untuk menarik perhatian si kecil itu agar pegawai dapat merakamkan fotonya dengan sempurna.

Namun apa yang menarik perhatian kami, kucing berkenaan seperti patung apabila hanya berdiam diri dan tidak melawan walau sedikit pun apabila dia dijadikan bahan perhatian.

“Kucing tu lalu je… terus kena ambil,” katanya dalam kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, situasi tersebut turut membuatkan ramai berasa geli hati dan menyatakan si bulus itu adalah salah seorang kakitangan kerajaan.

‘Bagi kucing tu jawatan tetap dekat situ’

‘Lah kerja kerajaan rupanya meow ni’

‘Kau pun tam (kucing).. reda betul’

Recent Posts

  • News
  • Trending

Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan, Kekal Status Islam Seorang Wanita

Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…

2 days ago
  • Trending

Kedudukan Malaysia Merosot Dalam Indeks Kebebasan Media, Bukan Lagi Nombor 1 Di ASEAN

Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…

2 days ago
  • Trending

“Seumpama Penzina” – Ustaz Jafri Tegur Wanita Pakai Minyak Wangi Untuk Tarik Perhatian Lelaki [Video]

Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…

2 days ago
  • Trending

“Macamtu Je Member Kau Cabut” – Tular Lelaki Lari Lintang Pukang Dikejar Polis Di Klang [Video]

Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

2 days ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

2 days ago