Tular Video Lelaki Berserban Masak & Makan Siput Babi, Ini Jawapan Dr Zulkifli Tentang Status Halal

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki yang memakai serban dan juga jubah berwarna putih menunjukkan satu video masakan sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan umat Islam.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @emirati_chef, lelaki terbabit yang juga seorang chef dilihat sedang memasak siput babi dan memakannya selepas itu.

@emirati_chef

حلزون مشوي هالطريقه الفرنسيه🐌🔥😋

♬ Calm Down – Rema

Susulan itu, kebanyakan orang yang melihat video tersebut mempersoalkan status halal makanan berkenaan hingga ada yang terpanggil meminta pandangan bekas Menteri Agama,Datuk Dr. Zulkifli Mohammad Al-Bakri.

Siput babi haram dimakan mengikut Mazhab Syafie

Zulkifli kemudiannya tampil menerusi satu ciapan di akaun Twitter miliknya menerangkan mengenai status halal dalam memakan siput babi mengikut Mazhab Syafie.

Menurut Zulkifli, Mazhab Syafie mengharamkan siput babi dan menghalalkan siput sedut untuk dimakan manakala Mazhab Maliki pula menghalalkan memakan siput babi dengan syarat tertentu.

Untuk info, menurut Mazhab Syafie, siput darat seperti siput babi haram dimakan kerana ia termasuk dalam kategori serangga atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti lalat, semut, cicak dan seumpamanya.

Pengharamannya adalah disebabkan oleh ia dianggap jijik (kotor) dan tabiat semulajadi manusia menjauhinya.

Mazhab Maliki halalkan makan siput babi dengan syarat ia tidak menjadi bangkai

Manakala menurut Imam Malik yang juga pengasas Mazhab Maliki semua haiwan yang melata ‘hasyarat’ atau haiwan yang tidak mempunyai darah merah seperti siput daratan adalah halal dimakan.

Tetapi syarat untuk menjadikan ia halal mestilah dimatikan dengan cara rebus atau dipanggang dan jika sudah menjadi bangkai (mati sendiri) maka hukumnnya adalah haram.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

‘Kaki Ride’ Boleh Solat Kalau Tak Yakin Dari Mana Datang Kotoran Pada Pakaian – Ustaz Wadi Annuar [Video]

Ustaz Wadi Annuar menjelaskan bahawa kekotoran seperti lumpur yang terkena pada pakaian bukanlah dianggap sebagai…

53 mins ago
  • Trending

Pemilik Restoran Di Langkawi Terkejut Pelanggan Datang Makan Naik Helikopter [Video]

Menerusi video tersebut, turut kelihatan pemilik restoran berkenaan berkesempatan untuk bergambar dengan pelanggan yang datang…

2 hours ago
  • Trending

Panas Dakwaan Logo Ada Kalimah Allah, Rupanya Johor Pernah Larang Penjualan Barang We Bare Bears

Keputusan fatwa mengenai larangan penjualan dan penggunaan barang 'We Bare Bears' di Johor dikeluarkan Jawatankuasa…

2 hours ago
  • News
  • Trending

Anjing Kejar Budak Hingga Nyaris Digilis Berjaya Ditangkap MPM, Rupanya Haiwan Bertuan

Menurut pihak Majlis Perbandaran Manjung (MPM), anjing yang mengejar kanak-kanak berkenaan mempunyai permit dari MPM…

5 hours ago
  • Trending

“Misi Cari Makan Free” – Lelaki Didakwa Main Terjah Majlis Kenduri Kahwin Tanpa Dijemput [Video]

Tindakan dua lelaki berkenaan yang didakwa melakukan 'wedding crash' telah mengundang kecaman ramai.

6 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelancong Tak Patuh Peraturan, Lokasi Cantik Ambil Gambar Gunung Fuji Bakal Ditutup Dengan Penghadang

Jaring penghadang berukuran setinggi lapan kaki (2.5 meter) dan 66 kaki lebar (20 meter) di…

7 hours ago