“Si Cantik Manis”- Bermula Dengan Pujian Ketika Live, Pasangan Wartawan Akhirnya Jadi Suami Isteri [Video]

Jodoh pertemuan merupakan rahsia Allah SWT yang hanya akan diketahui apabila tiba masanya.

Adakalanya jodoh ini sukar diduga bahkan tidak mustahil ia sudah berada di depan mata.

Bermula rakan sekerja pasangan bercinta akhirnya jadi suami isteri

Samalah seperti pasangan di TikTok ini apabila mereka yang pada mulanya bergelar rakan sekerja sebagai wartawan namun akhirnya dipertemukan jodoh sebagai suami isteri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Aqeela Arbaen, memaparkan situasi rakan setugas berkenaan memuji dirinya semasa mereka sedang melakukan siaran langsung berita RTM.

“Saya serahkan kepada rakan setugas saya si cantik manis Aqeela Arbaen yang ketika ini berada di Plaza Tol Skudai,” ujar lelaki itu kepada wanita idamannya.

Mengurat masa live TV

Video itu kemudiannya bertukar ke momen di mana mereka diijabjkabulkan.

@_qeee

Si cantik manis Aqeela Arbaen dia bagi 😂😂 #aqeelasyraf

♬ Terlukis Indah – Rizky Febian & Ziva Magnolya

Rakaman siaran langsung pada tahun 2020 masa PKPP

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Aqeela turut menjelaskan rakaman siaran langsung itu berlaku pada tahun 2020, semasa dia sedang membuat liputan ketika sempadan negeri baru dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

“Masa ni tahun 2020 zaman PKPP. Tak bercinta lagi pun masa ni, rakan sekerja je. Asyraf di Angkasapuri (Kuala Lumpur), Aqeela di RTM Johor,” jelasnya.

@_qeee

Replying to @HaezerJ Ok ni versi takde lagu/sound. Laporan trafik, rasanya ni sempena sempadan negeri dah buka kot, zaman PKPP.

♬ original sound – Aqeela Arbaen – Aqeela Arbaen

Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan percintaan pasangan suami isteri itu dan turut menyatakan mereka pasangan yang comel dan romantis.

‘Sweet gila, comel!’

‘Masa ni saya serius tengok berita ni, tahniah’

‘Ni comel! Tahniah!’

‘Weh comelnya’

Recent Posts

  • Trending

Gagal Bakar Sarang Tebuan, Gelagat Bapa & Anak Lari Lintang Pukang Buat Ramai Terhibur [Video]

Melalui video tersebut, kedengaran lelaki warga emas itu memberikan arahan kepada anaknya untuk sama-sama membakar…

12 mins ago
  • News
  • Trending

Polis Buru Pemilik Akaun Media Sosial Timbulkan Kebencian Kepada Pemain Bola Sepak – Saifuddin

Menurut Menteri Dalam Negeri itu, pengendali akaun media sosial terbabit didapati mengulas setiap gerak geri…

29 mins ago
  • Info
  • Trending

Ini Penjelasan Doktor Tentang Asid Sulfurik Pekat Yang Banyak Digunakan Dalam Bahan Binaan

Jelas Dr Wan Syazli, asid sulfurik tidak sama seperti asid yang ada di rumah kerana…

1 hour ago
  • Trending

Majikan Kecewa, Staf Baru Tak Dapat Datang Kerja Dengan Alasan ‘Ayah Tak Dapat Hantar’

Pekerja itu juga turut menolak cadangan menggunakan pengangkutan awam kerana ibunya tidak pernah membenarkan berbuat…

2 hours ago
  • Dunia
  • Trending

AstraZeneca Tarik Semula Vaksin COVID-19 Keluarannya Di Seluruh Dunia

Menurut AstraZeneca, pihaknya juga akan meneruskan untuk menarik semula kebenaran pemasaran vaksin Vaxzeria di Eropah.

2 hours ago
  • News
  • Trending

Tular Video Kaunter Banjir Kerana Syiling Bocor, Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ KL Ditutup Sementara

Menurut Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) JPJ, Aedy kerja baik pulih akan dilakukan di…

3 hours ago