Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Jodoh pertemuan merupakan rahsia Allah SWT yang hanya akan diketahui apabila tiba masanya.
Adakalanya jodoh ini sukar diduga bahkan tidak mustahil ia sudah berada di depan mata.
Bermula rakan sekerja pasangan bercinta akhirnya jadi suami isteri
Samalah seperti pasangan di TikTok ini apabila mereka yang pada mulanya bergelar rakan sekerja sebagai wartawan namun akhirnya dipertemukan jodoh sebagai suami isteri.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Aqeela Arbaen, memaparkan situasi rakan setugas berkenaan memuji dirinya semasa mereka sedang melakukan siaran langsung berita RTM.
“Saya serahkan kepada rakan setugas saya si cantik manis Aqeela Arbaen yang ketika ini berada di Plaza Tol Skudai,” ujar lelaki itu kepada wanita idamannya.
Mengurat masa live TV
Video itu kemudiannya bertukar ke momen di mana mereka diijabjkabulkan.
Rakaman siaran langsung pada tahun 2020 masa PKPP
Dalam satu lagi video yang dimuat naik, Aqeela turut menjelaskan rakaman siaran langsung itu berlaku pada tahun 2020, semasa dia sedang membuat liputan ketika sempadan negeri baru dibuka ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
“Masa ni tahun 2020 zaman PKPP. Tak bercinta lagi pun masa ni, rakan sekerja je. Asyraf di Angkasapuri (Kuala Lumpur), Aqeela di RTM Johor,” jelasnya.
Melihat di ruangan komen, ramai yang teruja dengan percintaan pasangan suami isteri itu dan turut menyatakan mereka pasangan yang comel dan romantis.