Wanita Berharap Jumpa Jodoh Dalam Flight, Sekali Lain Pula Yang Duduk Di Sebelah [Video]

Bicara soal jodoh, pemilihan pasangan adalah suatu perkara yang penting dan tidak boleh diambil mudah kerana melibatkan kehidupan masa hadapan yang bakal ditempuhi bersama.

Hal ini menyebabkan golongan bujang mengambil langkah berhati-hati dalam membuat keputusan selain berharap Allah SWT akan mempertemukan mereka dengan seseorang yang baik.

Wanita berharap jodoh duduk disebelahnya

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial telatah seorang wanita yang berharap bertemu dengan bakal jodohnya di dalam kapal terbang hingga mencuit hati ramai orang.

Wanita tersebut yang dikenali sebagai Maksom itu merupakan kawan kepada penyanyi dan YouTuber Malaysia, Zarol Zarif, di mana pada waktu kejadian mereka dan beberapa rakan yang lain sedang bercuti di Turki.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok Zarol, kelihatan mereka sedang berada di dalam kapal terbang sambil menunggu penumpang yang lain untuk masuk dan duduk di tempat masing-masing.

@zarolzarif

Maksom @fannarsln pun berhak bahagia di Turkey! @zuesharf dah jumpa lelaki Turkey handsome di Grocery, @amri_aziz dah dapat awek turkey cun di Cruise.. Akhirnya Maksom dapat jodoh Lelaki Turkey handsome di dalam flight guys! Ucapkan Tahniah pada @Maksom sekarang!! Thank you @Caravanserai Holidays sebab dah mempertemukan maksom dan jodohnya ! ❤️ #fyp #turkey #jodohhandsome

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

“Maksom dapat duduk sorang, mungkin ini peluangnya untuk dapat jodoh lelaki Turki yang handsome (kacak) duduk di sebelahnya,” katanya.

Maksom ingin ditemukan dengan jodoh lelaki Turki

Difahamkan, semasa mereka sedang bercuti di sana, Maksom berseloroh bahawa dia berharap ditemukan jodoh dengan lelaki Turki.

Semasa berada di dalam kapal terbang, Zarol cuba meneka setiap lelaki Turki yang melintasi mereka yang sedang duduk, namun setiap tekaannya salah.

Ternyata tempat duduk itu milik wanita yang membawa seekor anjing

Namun apa yang menghiburkan, setelah lama menunggu ternyata tempat duduk itu milik seorang wanita yang membawa seekor anjing peliharaan menyebabkan mereka ketawa sakan di dalam kapal tersebut.

Recent Posts

  • Hiburan
  • Trending

“Saya Tak Dapat Jawapan Itu” – Aliff Aziz Tidak Tahu Kenapa Selalu Curang [Video]

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…

5 mins ago
  • Trending

“Risau Dicuri” – Lecturer Benarkan Pelajar Letak Basikal Dalam Kelas Raih Pujian Ramai [Video]

Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…

41 mins ago
  • News

Bukan Sunnah Rasulullah SAW, Mufti Perak Seru Berhenti Boikot KK Mart

Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…

51 mins ago
  • Trending

Hukum Main Claw Machine Haram – UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…

1 hour ago
  • News
  • Trending

Bukan Paku, Rupanya Serpihan Besi Skrap Jadi Punca Puluhan Kereta Rosak Di Lebuhraya Karak

Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…

4 hours ago
  • Trending

“Tak Pelah Wangi Bilik Nek” – Reaksi Santai Nenek Lihat Cucu Main Bedak Jadi Perhatian [Video]

Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…

5 hours ago