Kes Wang Bantuan Awal Sekolah ‘Lesap’, Guru Besar Dakwa Sudah 10 Tahun Ambil Duit Tanpa Polis Pengiring

Semalam (16 Jan) kita dikejutkan dengan berita kehilangan wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 untuk sebuah sekolah rendah di Beranang, Selangor selepas dilarikan penjenayah.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku selepas guru besar sekolah terbabit mengeluarkan wang tunai itu berseorangan dari sebuah bank di Kampung Baru Semenyih sebagai persediaan untuk diagihkan kepada pelajarnya, hari ini, 17 Januari.

Ketika kejadian, mangsa yang baru selesai urusan di bank telah meninggalkan wang tersebut di dalam kenderaan untuk keluar membeli air minuman di sebuah restoran. Tidak sampai 10 minit, dia yang kembali ke kereta jenis Toyota miliknya mendapati cermin belakang kanan telah dipecahkan dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri.

Baca artikel berkaitan: Cermin Kenderaan Dipecahkan, RM109,000 Wang Bantuan Awal Persekolahan Lesap Dibawa Lari

Terbaharu Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan memaklumkan guru besar tersebut berusia 50 tahun itu menggunakan alasan sudah biasa mengambil wang bantuan awal persekolahan tanpa diiring oleh polis pengiring.

Jelas Mohd Zaid, pihaknya juga tiada menerima apa-apa permohonan pengiring daripada guru tersebut untuk tujuan pengeluaran wang itu semalam.

Sudah 10 tahun uruskan perkara itu tanpa sebarang insiden

Menerusi keterangan yang diberikannya, dia sudah berpengalaman mengendalikan situasi itu selama 10 tahun.

“Berdasarkan keterangan guru besar berkenaan, dia tidak buat permohonan pengiring polis untuk transaksi pengeluaran wang berkenaan kerana sudah berpengalaman 10 tahun dalam mengendalikan situasi itu.

“Menurutnya, sepanjang tempoh 10 tahun berkenaan, tidak pernah berlaku perkara sedemikian. Perkara ini menyebabkan saya merasa ralat kerana pihak sekolah boleh meminta bantuan polis untuk mengiringi mereka selepas membuat pengeluaran wang di bank,” kata Mohd Zaid.

Polis sudah ambil keterangan beberapa individu, akan teliti rakaman CCTV

Tambah Mohd Zaid, pihaknya sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk guru besar terbabit selai akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membantu siasatan.

“Kita melakukan siasatan secara menyeluruh dari pelbagai sudut termasuk bagi mengenal pasti sekiranya ada unsur-unsur kecuaian atau pembabitan ‘orang dalam’.

“Pada masa sama, kita juga akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian bagi mengenal pasti individu yang keluar dan masuk dari bank berkenaan,” katanya.

Recent Posts

  • Trending

Surau Buluh Bentuk Penyu Pertama Di Asia Ada Di Terengganu [Video]

Pengarah Bahagian Pembangunan Industri MTIB, Abdul Rafa Tan berkata, Surau Buluh ini mula dibina pada…

3 hours ago
  • Trending

“Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]

Pasangan itu turut membezakan situasi ketika menonton konsert di UK dan juga Malaysia, di mana…

4 hours ago
  • Info
  • Trending

Suami Mandikan Jenazah Isteri, Batal Tak Wuduk? Ini Penjelasan UAI [Video]

Menurut Ustaz Azhar Idrus, suami atau isteri boleh mencium jenazah pasangannya yang sudah diwudukkan.

4 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Wanita Di China Culik Budak Perempuan Usia 11 Tahun Untuk Jadi Calon Menantu

Kanak-kanak berkenaan diculik selepas pihak keluarga perempuan menolak lamaran keluarga lelaki.

5 hours ago
  • News
  • Trending

Apa Nak Buat Kalau Kena Serang Monyet Liar? Jangan Terus Lari, Ini Caranya [Video]

Menurut lelaki itu, tindakan pertama yang harus dilakukan adalah dengan memegang sesuatu barang di tangan…

8 hours ago
  • Trending

Tular Video Renjis Air Pada Kereta, Ini Penjelasan Mufti Wilayah

Jelas Mufti Wilayah Persekutuan, setiap umat Islam dituntut untuk berikhtiar menjaga diri, keluarga dan hartanya…

8 hours ago