fbpx
Now Reading
Cermin Kenderaan Dipecahkan, RM109,000 Wang Bantuan Awal Persekolahan Lesap Dibawa Lari
Duit bantuan awal persekolahan hilang

Cermin Kenderaan Dipecahkan, RM109,000 Wang Bantuan Awal Persekolahan Lesap Dibawa Lari

Jelas Ketua Polis itu kehilangan wang bernilai RM109,000 itu disedari selepas guru besar tersebut pulang dari membeli air minuman di sebuah restoran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Wang bantuan awal persekolahan bernilai RM109,000 lesap disamun oleh penjenayah selepas ia dikeluarkan oleh seorang guru besar di sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih, Selangor.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan mengesahkan pihaknya telah menerima maklumat tentang insiden tersebut pada jam 12.17 tengah hari dari seorang lelaki yang berusia 50 tahun.

Guru keluar beli air sebelum sedar cermin dipecahkan & wang lesap

Difahamkan wang bantuan awal itu telah dikeluarkan oleh guru besar berkenaan berseorangan. Dia kemudian telah meninggalkan wang tersebut di dalam kenderaan untuk keluar membeli air minuman di sebuah restoran.

“Dalam siasatan lanjut mendapati mangsa mengeluarkan wang tersebut yang berada di dalam sebuah beg, telah ditinggalkan di dalam kenderaan mangsa jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.

“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa mendapati cermin kenderaan miliknya telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” katanya.

Polis giat jalankan siasatan kesan suspek terlibat

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Pihak polis kini giat usaha untuk mengesan suspek yang terlibat. Oleh itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di 014 515 6933 untuk membantu siasatan.

Artikel Terbaharu:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.