fbpx
Now Reading
Pembuat Roti Canai Disamun & Dirogol Sebelum Dibunuh Dalam Kebun Pisang

Pembuat Roti Canai Disamun & Dirogol Sebelum Dibunuh Dalam Kebun Pisang

Pemilik restoran telah menghubungi keluarga mangsa kerana ingin mengetahui di manakah keberadaannya selepas tidak datang ke tempat kerja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mayat seorang wanita telah dijumpai oleh ahli keluarganya dalam kawasan semak di sebuah kebun pisang di Kampung Pisang, Lahad Datu, Sabah dalam keadaan separuh bogel, pada 14 November.

Mangsa yang bekerja sebagai pembuat roti canai itu dipercayai telah disamun dan dirogol sebelum dibunuh.

Difahamkan mayat terbabit dijumpai kira-kira jam 8.15 pagi semalam (14 November).

Ahli keluarga jumpa mayat 600 meter dari rumah, terdapat kesan kelar pada leher

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad memaklumkan ahli keluarga mangsa menjumpai mayat pembuat roti canai tersebut sekitar 600 meter dari rumahnya.

Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung mayat yang ditemui itu pada jam 8.26 pagi.

“Siasatan awal di lokasi menunjukkan terdapat kesan kelar di leher mangsa selain luka di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul.

“Polis tidak menolak kemungkinan mangsa turut dirogol. Hal ini berdasarkan kesan air mani yang ditemukan pada bahagian kemaluan mangsa.

“Kita turut mendapati telefon bimbit dan wang tunai yang terdapat di dalam dompet mangsa juga didapati hilang,” jelasnya, lapor Kosmo.

Mangsa dipercayai keluar untuk ke tempat kerja

Katanya lagi, saksi memberitahu mangsa yang dipercayai warga asing serta ibu kepada lima anak itu telah keluar dari rumah untuk ke tempat kerjanya di sebuah restoran pada jam 6.15 pagi.

Suami kepada mangsa bagaimanapun bekerja di Semenanjung.

“Sudah menjadi rutin harian mangsa menggunakan laluan pejalan kaki di kawasan semak kebun pisang terbabit untuk pergi dan balik kerja.

“Bagaimanapun, pemilik restoran kemudiannya menghubungi keluarga mangsa untuk mengetahui keberadaannya kerana tidak hadir ke tempat kerja.

“Sangsi dengan makluman itu, ahli keluarga mangsa terus berusaha mencari wanita berkenaan sebelum menemui mayatnya di kawasan semak terbabit,” katanya lagi.

Mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Lahad Datu untuk dibedah siasat serta siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Polis dalam masa sama turut meminta orang ramai yang mempunyai informasi berhubung kes untuk menghubungi Balai Polis berdekatan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.