fbpx
Now Reading
PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh

PDRM Sahkan Zayn Rayyan Dibunuh

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh adik Zayn Rayyan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kanak-kanak lelaki autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang sebelum ini dilaporkan hilang sebelum jasadnya ditemukan pada Rabu malam (7 Disember) disahkan mati dibunuh.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan selepas mendapati terdapat unsur jenayah pada tubuh mangsa, lapor Kosmo.

Jelasnya hasil siasatan dan bedah siasat mendapati terdapat kesan cedera di leher dan badan Zayn Rayyan justeru diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

“Kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Kecederaan dikesan pada leher dan badan.”

Sebelum keputusan bedah siasat hari ini diperolehi, kematian adik Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Semalam (7 Disember) Zayn Rayyan yang dilaporkan hilang ditemukan dalam keadaan mengiring dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebatang sungai, berhampiran lokasi hilang di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Dia dilaporkan hilang sejak tengah hari kelmarin dan kali terakhir ditemui adalah ketika memasuki kawasan belukar berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya.

Baca artikel berkaitan: Kanak-kanak Autisme Hilang: Zayn Rayyan Ditemui Maut Di Kawasan Anak Sungai

Baca artikel berkaitan: Bapa Zayn Rayyan Pengsan Beberapa Kali Sejurus Terima Berita Penemuan Jasad Anaknya [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.